Sudah menjadi stigma dalam masyarakat di mana mereka yang memiliki kekayaan bakal mempamerkan kehidupan yang penuh dengan kemewahan. Malah, trend ini dilihat semakin menjadi-jadi di mana terdapat segelintir para jutawan seolah berebut-rebut dalam menunjukkan kekayaan dari segi pakaian yang dipakai, harta yang dimiliki serta kenderaan yang digunakan.

Dalam pada itu, tular baru-baru ini melalui perkongsian Facebook Anwar Badroldin melihatkan Tan Sri Vincent Tan selaku manusia ke-24 terkaya Malaysia tampil dengan imej bersahaja tanpa sebarang pakaian mewah.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
SUMBER: FACEBOOK ANWAR BADROLDIN

Lebih mengejutkan netizen, beliau sekadar memakai selipar jenama Asadi yang boleh didapati di Shopee dengan harga sekitar RM15.90 sahaja.

Imej beliau yang dilihat sangat berbeza berbanding jutawan-jutawan popular tempatan yang kerap menayang harta untuk tontonan netizen. Bukan itu sahaja, para netizen nampaknya turut mengulas mengenai gambar yang beliau yang tular tersebut.

Sumber: facebook anwar badroldin
Sumber: facebook anwar badroldin
Sumber: facebook anwar badroldin

Untuk pengetahuan, individu berusia 69 tahun ini merupakan pengasas kepada syarikat Berjaya Corporation Berhad dan dianggarkan memiliki kekayaan sekitar RM3.82 bilion. Beliau juga turut menjadi perhatian baru-baru ini selepas menjemput pasangan keluarga Hairul Azreen dan Hanis Zalikha menaiki superyacht kepunyaannya bersama beliau.

Tular pada minggu ini apabila terdapat pelanggan yang ‘terkejut’ angkara bil RM210,000 yang diterima selepas menjamah di restoran Salt Bae. 

Pelanggan ‘Terkejut’ Kena Bayar RM210,000 Selepas Makan Di Restoran Salt Bae

Ditinggal Kerana Kulit Gelap, ‘Glowup’ Gadis Ini Buat Netizen Risau

Sumber