Sejak mula skandal 1MDB didedahkan kepada umum melibatkan ahli politik terkemuka, seorang lagi individu yang tidak lekang dengan skandal bernilai puluhan bilion ini adalah Loe Taek Jho atau lebih dikenali dengan nama Jho Low.

Difahamkan beliau merupakan mastermind dalam skandal 1MDB namun sehingga kini beliau masih lagi gagal ditangkap untuk disoal siasat. Terbaharu, ahli perniagaan ini mendakwa dirinya tidak melakukan kesalahan sebaliknya sekadar meminjam wang daripada 1MDB.

doc71laet8854xg1bfc78c
Jho Low, CEO of Jynwel Capitial Limited.

Tambahnya, wang tersebut dibelanjakan antara lain untuk membeli hartanah mewah di seluruh dunia, karya seni, jet peribadi, kapal layar besar dan arak mahal. Malah, Jho Low dilaporkan sedia memulangkan semula wang berkenaan, asalkan dia tidak didakwa di mahkamah.

Difahamkan pengakuan Jho Low ini dibuat melalui rakaman perbualan telefon dengan bekas pegawai kerajaan di bawah pimpinan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang didedahkan melalui sebuah dokumentari disiarkan stesen penyiaran Al Jazeera.

“Semua ini sebenarnya hanya pinjaman, secara langsung atau tidak langsung namun saya rasa  masanya telah tiba untuk kami mahu membantu mengembalikan semula aset ini dan sebagai balasan atas kerjasama yang diberikan, kami mahu meneruskan kehidupan tanpa berdepan sebarang tuduhan,” Ulas Jho Low.

yacht-jo-low
Kapal Equinimity yang pernah dibeli Jho Low

Alasan yang diberikan Jho Low walau bagainapaun ditolak Debra LaPrevotte firma yang terlibat dalam peringkat awal penyiasatan 1MDB dan kini menjadi penyiasat kanan NGO anti-kleptokrasi The Sentry.

“Jika benar ia tidak melibatkan sebarang salah laku, maka tidak perlu dipulangkan semula aset berkenaan, bukan? Sudah pasti tiada aset yang akan dirampas. Ini melucukan. Seolahnya, jika saya terus bercakap mengenai pembohongan ini, mungkin seseorang akhirnya akan mempercayai saya,” ujar LaPrevotte.

Selain itu, Jho Low turut meletakkan kesalahan terhadap 1MDB dan bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak yang juga Menteri Kewangan pada ketika itu.

d4e6e638-d077-11ea-88dd-6bec610be4a6_image_hires_211826
Sumber: SCMP

Dakwanya, semua kelulusan melibatkan 1MDB dibuat Najib sebagai Menteri Kewangan yang bertanggungjawab pada ketika itu. Pihak Jho Low juga turut memberi sokongan kepada Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat, bahawa sebahagian besar daripada satu bilion dolar wang yang masuk ke dalam akaun peribadi Najib bukan derma daripada Raja Arab Saudi Raja Abdullah, seperti didakwa bekas perdana menteri itu.

Menurut Jho Low derma tersebut adalah hanya sebahagian kecil daripada jumlah tersebut. Walau bagaimanapun, Jho Low sehingga kini masih diburu dimana pihak polis yakin ahli perniagaan ini masih lagi berada di Macau meskipun dinafikan pihak berkuasa China.

Tular sebelum ini apabila banglo mewah milik Jho Low di Los Angeles bakal dijual dengan harga RM81 juta iaitu separuh daripada harga sebenar.

Banglo Mewah Milik Jho Low Di Los Angeles Bernilai RM81 Juta Bakal Dijual Separuh Harga

Bekas CEO 1MDB Tidak Tahu Jho Low Terima Wang RM2.93 Bilion Sehingga Tahun Lalu

Sumber