Umum mengetahui, pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh negara telah dikuatkuasakan dan anda tidak dibenarkan untuk ziarah menziarahi serta perlu duduk di rumah sahaja.

Lantaran itu, sebuah ciapan di Twitter oleh pemilik akaun @lcsmxms tular di media sosial dan mencetuskan kebimbangan netizen. Mana tidaknya, ciapan tersebut menunjukkan ada individu di kawasan perumahannya di Nilai Impian dikenakan kompaun sebanyak RM25,000 untuk tuan rumah dan RM5,000 bagi tetamu.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

https://twitter.com/lcsmxms/status/1392759836886986754?s=21

Menurut Ketua Polis Daerah Nilai Superintendan Mohd Fazley Ab Rahman berkata, hasil pemeriksaan polis mendapati, tiada sebarang aktiviti yang melanggar prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) sekaligus menolak dakwaan seperti yang tular dalam media sosial.

Tambahnya, pemeriksaan polis dari rumah ke rumah pada hari pertama Aidilfitri mendapati kawasan perumahan di Nilai Impian tenang dan tiada sebarang aktiviti atau orang ramai yang berkumpul di luar rumah.

Malah, Mohd Fazley berharap orang ramai akan mematuhi SOP sehingga Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tamat dan menyeru masyarakat agar lebih bertanggungjawab serta komited dalam mematuhi SOP.

Sementara itu, kami kongsikan beberapa artikel yang sedang ‘trending’ di The Vocket pada pautan di bawah.

Kenali Briged Al-Qassam, Pejuang Yang Berjaya Menakutkan Tentera Zionis Israel

Kumpulan Rage Against The Machine Dikecam Peminat Kerana Sokong Palestin

Terima Soalan ‘Kurang Ajar’, Aliff Syukri Mengamuk Dan Marah AC Mizal Dalam Set Penggambaran?