Setiap kali kesemua ahli keluarga berkumpul pastinya suasana dalam rumah akan bertukar menjadi meriah terutama sekali mereka yang memiliki adik-beradik ramai.

Terbaharu, sebuah video TikTok yang dikongsi oleh @aisyah_ariffin memaparkan kemeriahan adik-beradik yang balik berkumpul di rumah keluarga mereka sambil bergurau. Menerusi video itu, mereka dilihat bergurau dengan menggunakan bahasa Arab sambil menyelitkan ilmu.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

https://www.tiktok.com/@aisyah_ariffin/video/7062158938409651483

Tidak hanya itu, adik bongsu mereka yang hanya senyap dan sengih menjadi mangsa usikan mereka tetapi sebaik sahaja adik bongsu buka mulut semua ‘terciduk’. Mana tidaknya, adiknya yang hanya senyap tiba-tiba mengeluarkan dalil dan juga boleh berkongsi ilmu bersama.

Video tersebut telah meraih lebih 700 ribu tontonan dan mendapat perhatian orang ramai. Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen berasa terhibur melihat gelagat keluarga tersebut.

Malah, para netizen turut berseloroh mengatakan bolehlah buka kelas bahasa Arab jika begini. Tidak hanya itu, rata-rata netizen turut kagum kerana dalam bergurau pun terselit ilmu.

Sementara itu, kami kongsikan beberapa artikel yang sedang ‘trending’ di The Vocket pada pautan di bawah ini.

Sweden Umum Pandemik Berakhir, Anggap COVID-19 Bukan Lagi Ancaman

‘Jauh Fikir, Risau Pula’- Respon Dr. Zulkifli Selepas Terima Soalan Luar Kotak Bikin Netizen Terhibur

Ini Apa Yang Anda Perlu Tahu Dan Buat Sebelum Tempah Tiket Ke Genting SkyWorlds