Ketika ini, orang ramai terutamanya umat Islam sedang sibuk membuat persiapan Aidilfitri. Selain membeli barangan keperluan, kecantikan diri juga penting untuk tampil bergaya di pagi raya.

Terbaharu, seorang pengguna TikTok @syahmi.hariz telah berkongsi sebuah video memaparkan dirinya membuat persiapan raya dengan menggunting rambut di Truefitt & Hill Malaysia.

@syahmi.hariz

Jom kita buat persiapan raya 🔥

♬ Hip Hop with impressive piano sound(793766) – Dusty Sky

Menerusi perkongsian tersebut, dapat dilihat hiasan dalaman Truefitt & Hill Malaysia bawa ‘vibes’ seperti dalam filem Kingsman. Malah, layanan yang diberikan cukup baik dan memiliki ‘kelas’ tersendiri.

Perkongsian tersebut telah mendapat perhatian orang ramai dan rata-rata netizen terkejut pemuda tersebut potong rambut di Truefitt & Hill Malaysia kerana sebelum ini tempat itu pernah tular kerana harga yang mahal.

Malah, ada juga netizen mengatakan bahawa harga potong rambut di situ adalah RM500 dan difahamkan harga tersebut jika mengambil pakej penuh. Bukan itu sahaja, ada juga netizen yang mendakwa dia menggunakan wang KWSP untuk potong rambut disitu tetapi menurutnya sebelum ini juga dia pernah potong rambut di sini.

Malah, ada juga netizen yang mengatakan layanan diberikan lebih kurang sama sahaja dengan kedai gunting rambut biasa. Walau apa pun, pilihan di tangan sendiri sama ada mahu ke kedai gunting rambut biasa atau kedai gunting rambut kayangan.

Sementara itu, kami kongsikan beberapa artikel yang sedang ‘trending’ di The Vocket pada pautan di bawah. 

‘Tiada Common Senses’ – Netizen Kecewa Pengunjung Sepahkan Barangan Sewaktu Membeli Belah

‘Tak Selidik Dulu Ke?’ – Netizen Hairan Mengapa YouTuber Ini Sanggup Ditaja Syarikat Perjudian