Startup AltSchool berjaya mengutip USD $100 juta dalam pusingan yang diketuai oleh Founders Fund, sebuah dana yang diselia oleh Mark Zuckerberg dan Priscilla Chan, dan Andreessen Horowitz, mengikut pengumuman syarikat itu semalam.

Pelabur-pelabur lain termasuklah Emerson Collective, First Round Capital, Learn Capital, John Doerr, Harrison Metal, Jonathan Sackler, Omidyar Network dan Adrian Aoun.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →


Gambar: Max Ventilla

AltSchool diasaskan oleh bekas Googler Max Ventilla pada tahun 2013, dan pada dasarnya mewujudkan satu rangkaian sekolah-sekolah untuk kanak-kanak tadika hingga gred lapan (mengikut sistem persekolahan Amerika Syarikat). Setiap sekolah, yang dipanggil “microschools” mempunyai kira-kira 100 orang kanak-kanak yang belajar dalam kumpulan pelbagai umur. Mereka juga belajar dalam kelas yang besar dengan pelbagai guna berbanding dengan kelas yang lebih kecil di sekolah biasa.

Tiada pengetua di “microschools” – sebaliknya, tugas-tugas pentadbiran dijalankan secara berpusat.

Syarikat ini juga mempunyai platform teknologi proprietari yang direka sendiri untuk membantu kanak-kanak belajar dengan lebih mudah. AltSchool menyediakan “playlists” atau “senarai main” yang terdiri daripada pilihan aktiviti mingguan untuk meningkatkan pembelajaran. “Senarai main” ini adalah 20-25 jenis aktiviti yang boleh dijalankan dalam masa seminggu yang terdiri daripada projek-projek individu, projek kumpulan kecil, dan projek-projek seluruh kelas.

BACA: Jika Anda Rasa Sekolah Buat Anak Anda Pandai, Fikir Lagi Selepas Melihat Ini

“Dari SpaceX ke Airbnb ke Oscar, usahawan hari ini mencipta model teknologi yang merubah industri-industri yang paling tua dan paling mantap dalam dunia. Kami percaya masanya telah tiba untuk mengubah konsep pendidikan,” kata Brian Singerman, rakan kongsi pengurusan Founders Fund, dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh AltSchool. “Sistem pendidikan di Amerika Syarikat tidak berubah secara besar selama beberapa dekad. AltSchool mempunyai visi yang berani dan penyelesaian berskala besar untuk mempercepatkan perubahan yang benar-benar transformatif dalam ruang pendidikan.”

Modal USD $100 juta akan digunakan untuk membiayai pembukaan sekolah-sekolah baru, selepas modal USD $33 juta berjaya dikumpul dalam pembiayaan Siri A tahun lepas. Syarikat itu telah mempunyai rancangan untuk membuka sekolah baru di Palo Alto, San Francisco, dan Brooklyn pada musim luruh ini.

AltSchool adalah salah satu daripada banyak startup yang dibina cuba untuk mengubah sistem persekolahan dan pendidikan awam. 2U, penyedia kurikulum dan program ijazah dalam talian yang digunakan oleh universiti, disenaraikan di bursa saham pada tahun 2014 dan Flatiron School, yang mengajar pelajar-pelajar untuk mengaturcara komputer, telah mengumpul pembiayaan sebanyak USD $15 juta.

Kenali AltSchool dari video di bawah:

https://www.youtube.com/watch?v=N8ZrUuZjsow

BACA JUGA: Barangkali Inilah Tadika Paling Seronok Di Dunia

Sumber: Business Insider

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram