Menteri Kanan Kluster Pendidikan Dr Radzi Jidin pada hari ini mengumumkan para pelajar di seluruh negara perlu kembali ke sekolah secara berperingkat bermula 24 Jun ini.

Pengumuman itu sekaligus menamatkan penantian ibu-bapa dan murid-murid yang sebelum ini ternanti-nanti tarikh pembukaan semula sekolah selepas beberapa sektor lain kembali dibuka sebelum ini dan berakhirnya PKPB.

BeFunky-collage – 2020-11-03T171315.697
HYPE
Hanya Serendah RM799, Ini 7 Lagi Sebab Kenapa Anda Perlu Dapatkan HUAWEI Y7a
Baca lagi →

Untuk permulaan, pihak kementerian mengumumkan sesi persekolahan pada peringkat awal hanya akan dibuka kepada pelajar yang mengambil peperiksaan awam sebelum pelajar yang berada di kelas lain dibenarkan kembali seperti biasa.

“Untuk makluman semua setelah mengambil kira pandangan dan nasihat Kementerian Kesihatan Malaysia dan Majlis Keselamatan Negara.

“Kementerian pendidikan telah menetapkan bawah tarikh penbukaan sekolah untuk murid kelas peperiksaan awam iaitu SPM, SVM, STPM dan STAM serta peperiksaan antarabangsa pada Rabu 24 Jun 2020,” umum beliau dalam satu sidang media khas yang berlangsung petang ini.

Guru-guru bagaimanapun jelas beliau perlu kembali ke sekolah bermula 24 Jun ini sama seperti kakitangan dari jabatan kerajaan yang lain dimana mereka sudah dibenarkan untuk kembali beroperasi dengan kapasiti penuh.

Beliau pada masa sama bagaimanapun menjelaskan pihak kementerian akan mengumumkan pembukaan sekolah kepada murid-murid yang tidak terlibat dengan peperiksaan awam akan dimaklumkan dari semasa dan buat masa ini pembelajaran dari rumah akan diteruskan seperti biasa.

Untuk rekod, kali terakhir pelajar dan guru melalui sesi persekolahan adalah pada 13 Mac lalu sebelum bermulanya cuti penggal pertama selama seminggu ketika itu.

Situasi penularan COVID-19 yang memuncak ketika itu bagaimanapun menyaksikan kerajaan terpaksa melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan di mana sekolah merupakan antara institusi yang tidak dibenarkan untuk dibuka dan menyaksikan cuti tersebut ‘dipanjangkan’ secara tidak sengaja sehingga ke hari ini.

Sepanjang tempoh tersebut, guru-guru dan para pelajar di seluruh negara dilaporkan hanya menggunakan aplikasi dalam talian untuk menjalankan aktiviti berkaitan sekolah secara virtual.

Kepulangan guru dan pelajar ke sekolah menurut beliau bagaimanapun masih akan mengikuti SOP yang telah ditetapkan Kementerian Pendidikan bersama Kementerian Kesihatan seperti yang telah dimaklumkan sebelum ini.

Klik pautan di bawah untuk mengetahui SOP dan norma baharu yang perlu diamalkan di sekolah bermula 24 Jun ini. 

Makan Dalam Kelas Dan Meja Berjarak Satu Meter Antara Norma Baru Sekolah Di Malaysia

Tidak Mahu ‘Ponteng’ Sekolah, Pelajar Malaysia Terpaksa Tinggal Seorang Diri Di Singapura

Anda Mungkin Suka