Kami di Vocket amat berminat dengan ekonomi baru. Bagaimana ekonomi berubah dari ekonomi perindustrian menjadi ekonomi ilmu. Bagaimana teknologi membantu menggerakkan ekonomi, sosial dan politik bergerak lebih pantas. Proses berfikir dan budaya ilmu sesuatu bangsa. Dan sistem pembelajaran yang digunapakai untuk menyesuaikan anak-anak kita kelak dengan ekonomi baru.

Dengan itu, kami berasa thrill untuk berkongsi video ini. Ini mungkin suatu konsep yang baru untuk anda, malah baru untuk kami juga. Tetapi kita harus membuka minda, kerana apa yang kita akan lalui 10 tahun akan datang akan menjadi sangat berbeza dengan apa yang kita lalui sekarang, dan 10 tahun yang lepas.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Bukanlah maksud kami untuk mengatakan yang sekolah tidak lagi relevan, tetapi institusi persekolahan harus berubah untuk menyahut cabaran baru akan datang.

Finland, sebagai salah satu negara top di dalam bidang pendidikan mula menukar sistem pendidikan mereka dengan berhenti mengajar mengikut subjek. Sila baca dengan lebih lanjut di sini dan sini.

Apa-apa pun, anak-anak perlu diajar kemahiran diri asas. Lagu yang Mamat Punk di bawah ini tulis, ada betulnya.

Like page The Vocket di Facebook.