Pihak berkuasa pendidikan di Illinois, Amerika Syarikat, mempertahankan tindakan sebuah sekolah rendah yang menubuhkan sebuah kelab Syaitan. Kekecohan berlaku apabila sebuah risalah yang mempromosikan kelab terbabit muncul.

Dalam satu kenyataan, pihak berkuasa Daerah Sekolah Moline-Coal Valley Dr Rachel Savage berkata kelab itu tidak melibatkan mana-mana guru dari sekolah tempat kelab itu diadakan. Selain itu, risalah itu ‘tidak diedarkan kepada semua pelajar’ dan penggunaan kemudahan untuk kelab itu tidak ada kaitan dengan sekolah atau daerah tersebut, lapor Newsweek.

Savage menambah bahawa idea asal untuk menubuhkan kelab itu datang daripada kumpulan ibu bapa. Tujuan penubuhan kelab ini adalah untuk membawa satu pandangan yang lain kepada sekolah.

Pihak berkuasa turut menyatakan bahawa adalah menyalahi undang-undang untuk menolak organisasi yang membayar untuk menyewa institusi awam selepas waktu sekolah. Jika ditolak, ia akan menyebabkan satu tuntutan diskrimanasi ke atas pihak berkuasa.

Sebelum ini, sebuah risalah mengenai sebuah kelab Syaitan di Jane Addams Elementary tular di media sosial. Menurut risalah itu, kelab itu bertujuan untuk mengajar kanak-kanak tentang kebajikan dan empati, pemikiran kritis, penyelesaian masalah dan hak-hak peribadi.

Edaran itu juga mengatakan bahawa ‘Kelab Syaitan selepas waktu sekolah tidak mencuba untuk mempengaruhi kanak-kanak kepada mana-mana ideologi agama. Sebaliknya, kelab ini menyokong kanak-kanak untuk berdiri sendiriā€.

Kisah misteri di sebalik nota minta uruskan rangka dalam rumah sewa lama. Untuk bacaan lanjut, klik pautan di bawah.

Kisah Misteri Di Sebalik Nota Minta Uruskan Rangka Dalam Rumah Sewa Lama

Guna Darah Manusia Sebenar, Nike Saman Pembuat Model ‘Satan Shoes’

‘Ini Upacara Puja Syaitan’ – Tragedi Konsert Travis Scott Dikaitkan Dengan Freemason