Sekolah-sekolah di Virginia, Amerika Syarikat ditutup pada Jumaat semalam selepas ibu bapa marah apabila mengetahui anak-anak mereka diberi latihan tulisan kaligrafi arab menggunakan ayat syahadah Islam.

Walaupun tiada ancaman khusus dibuat terhadap pelajar, pihak sekolah telah menerima panggilan telefon dan email yang boleh menimbulkan risiko bahaya kepada pegawai-pegawai sekolah termasuk satu panggilan yang menyatakan mahu memenggal kepala guru yang memberikan tugasan tersebut, menurut polis Sheriff Randy Fisher.

Berikutan itu, konsert hari cuti di hujung minggu dan acara sukan melibatkan 10,000 orang pelajar dibatalkan demi keselamatan orang ramai.

Kimberly Herndon
Kimberly Herndon

Hal ini bermula selepas ibu bapa pelajar membangkitkan isu tentang tugasan yang melibatkan doktrin agama pada forum hari Selasa. Pendedahan itu menyebabkan ibu bapa lain turut meluahkan rasa marah sehingga ada sesetengah daripada mereka menuntut guru tersebut dipecat.

“Saya tidak percaya beliau untuk mengajar anak lelaki saya dan tanpa mengira apa jua keputusan anak saya tidak akan duduk di dalam kelas beliau,” kata ibu Kimberly Herndon di status Facebook miliknya.

Kontroversi dicetuskan oleh Cheryl LaPorte, guru di sekolah tinggi Riverheads yang telah menyuruh para pelajarnya menyiapkan satu tugasan kelas pada seminggu yang lalu untuk memahami agama-agama di dunia. Ia melibatkan latihan kaligrafi untuk memahami kerumitan seni khat. Contoh yang diberikan adalah ayat syahadah orang Islam yang bermaksud: “Tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah dan Muhammad adalah pesuruh Allah”

shahada-assigmnent

Penguasa Sekolah Eric Bond menulis di dalam kenyataan akhbar bahawa para pelajar tidak dikehendaki menterjemahkan ayat tersebut. Mereka hanya perlu menulis semula perkataan bahasa arab itu dan tidak sesekali mengarahkan mereka menyebutnya atau mempengaruhi mereka untuk jadikan ia satu kepercayaan individu. Latihan kaligrafi yang sama turut dilakukan untuk negara China dalam bentuk unit.

Eric Bond menjelaskan lagi bahawa para pelajar mencuba tudung di dalam kelas lain untuk belajar tentang pakaian yang dipakai oleh orang Islam. Dia turut menegaskan para pelajar akan tetap belajar tentang agama-agama di dunia sepertimana yang dikehendaki oleh standard akademik negeri Virginia.

Tapi berjanji para pelajar akan belajar kaligrafi menggunakan contoh yang tidak berkaitan dengan kepercayaan Islam. Rentetan kontroversi ini, ibu bapa di Staunton, Virginia pula mengadu guru patut dipecat jika menyuruh para pelajar menyalin ayat petikan dari kitab Bible.

“Tiada pengajaran telah direka untuk menggalakkan sudut pandangan agama atau menukar kepercayaan agama mana-mana pelajar,” kata Eric Bond.

Bukan pelajaran ini, mahupun mana-mana pelajaran yang lain di dalam subjek geografi dunia adalah satu percubaan untuk indoktrinasi kepada Islam atau mana-mana agama lain, atau meminta untuk pelajar keluar daripada agama kepercayaan mereka sendiri atau yang menganut mana-mana kepercayaan. Bagi mencapai objektif pelajaran, guru akan cuba membentangkan pengetahuan tentang agama-agama dunia dengan cara yang menarik dan interaktif kepada para pelajar.

Guru, LaPorte pula menerima sokongan daripada bekas pelajar, rakan sekerja dan masyarakat di dalam komuniti tersebut. Malah Facebook Page “Support LaPorte” dibuat untuk memberi sokongan dan sehingga kini ia mempunyai lebih daripada 2,000 orang ahli.

“Apa yang saya mahu sekarang adalah masa untuk masyarakat kita untuk sembuh,” tulis LaPorte kepada Reuters. Dia turut memberitahu kepada surat khabar tempatan NewsLeader bahawa latihan tersebut bukan direka olehnya tetapi ia diambil dari buku standard pengajaran dan menjadi tugas LaPorte untuk mengajar para pelajarnya dengan melalui ujian Standards of Learning.

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram