Enam orang termasuk doktor di Beijing, China telah dipenjara setelah dilaporkan mengambil organ mangsa kemalangan dan menjualnya di black market.

Menurut BBC, pegawai perubatan berpangkat tinggi di hospital milik kerajaan telah menyakinkan waris si mati untuk menandatangani perjanjian pendermaan organ palsu.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Antara tahun 2017 dan 2018 mereka telah berjaya mengambil hati dan ginjal dari 11 orang mangsa, manakala proses pembedahan itu dilakukan di dalam ambulans.

South China Morning Post melaporkan bahawa mangsa yang mati dalam kemalangan jalan raya akan dikeluarkan organ mereka sebelum dijual melalui hospital untuk mendapat keuntungan.

Laporan itu mendakwa bahawa pembedahan itu dikendalikan oleh dua doktor yang dikenali sebagai Huang Xinli dan Lu Sen. Mereka sebelum ini bekerja di bidang pendermaan organ untuk hospital masing-masing.

Setelah organ dikeluarkan dari dalam ambulans, Huang, seorang doktor di Drum Tower Hospital Nanjing kemudian akan membawanya ke pelbagai hospital untuk dijual.

Taktik kotor ini terbongkar ketika seorang waris, Shi Xianglin mendakwa bahawa jantung dan ginjal ibunya ‘didermakan’ tanpa persetujuannya.

Lebih mencurigakan apabila dia tidak dapat mencari nama ibunya dalam senarai penderma organ rasmi negara.

Enam lelaki yang terlibat dalam pemerdagangan organ dijatuhkan hukuman pada Julai lalu di atas kesalahan “merosakkan mayat dengan sengaja”. Mereka menerima hukuman penjara antara 10 dan 28 bulan, lapor Daily Mail.

Terdahulu, seorang rakyat Malaysia ‘kantoi’ jual organ oleh media antarabangsa. Klik pautan di bawah untuk membaca. 

Media United Kingdom Bongkar Aktiviti Rakyat Malaysia Jual Organ Secara Haram

Aktivis Kemanusiaan Dakwa China Curi Organ Tahanan Uighur Secara Paksa