Siapa sangka hanya dengan bermain game di telefon pintar membuatkan anda ditangkap. Perkara ini telah berlaku di India dimana beberapa rakyat India ditangkap kerana didapati bermain PlayerUnknown’s Battlegrounds atau lebih dikenali dengan singkatan PUBG.

Difahamkan punca beliau ditangkap berikutan bermain game yang diharamkan di negara tersebut dimana terdapat beberapa bandar di India telah menghalang rakyatnya bermain game ini kerana dikhuatiri bakal terpengaruh dengan unsur keganasan.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
PUBG
Sumber: Cnet

Berdasarkan laporan, kini di India terdapat pihak yang akan meronda di kawasan awam untuk memastikan rakyat India bebas daripada game ini. Hukuman merangkumi denda dan tahanan di lokap antara yang dikenakan oleh mereka yang bersalah. Meskipun perkara ini dipandang enteng oleh kebanyakan negara seluruh dunia namun tidak di India.

Sumber