Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Beberapa bulan yang lalu, misteri yang berusia 20 tahun mengenai sarang labah-labah yang wujud di Planet Marikh berjaya dirungkaikan oleh para saintis. Kini mereka kembali dengan satu lagi teori, iaitu Planet Merah itu sebenarnya turut dihuni oleh para malaikat. Ini selepas Agensi Angkasa Eropah (ESA) berjaya mengambil gambar ‘sosok’ malaikat tersebut dengan point of view pemandangan daripada atas.

Terletak di kutub selatan Planet Marikh, pemandangan tersebut diambil oleh kapal angkasa Mars Express. Pemandangan daripada atas bahagian kutub selatan terbabit kelihatan membentuk seperti malaikat yang sedang menari di permukaan Planet Merah. “Bentuknya sama seperti sayap malaikat, lengkap dengan lingkaran. Anda dapat lihat bentuk sayap yang menyapu ke atas dalam gambar ini,” jelas ESA.

image4
HYPE
Papar Kerinduan Seorang Ayah, Filem Pendek ecoBrown’s Ini Undang Sebak
Baca lagi →
Perspective_view_An_angel_and_heart_on_Mars

ESA

Bukan itu sahaja, pihak ESA juga menyatakan bahawa hati juga terbentuk dengan cantik sekali di bahagian bawah yang kelihatan seperti sayap. Warna merah yang membentuk permukaan dalam Mars sebenarnya adalah pasir gelap di padang pasir Martian. Kepala dan lingkaran yang kelihatan seperti malaikat itu terbentuk akibat hentaman dari pelanggaran objek angkasa dan kerak Martian. Sementara itu, tanda-tanda halus seperti calar di lanskap sekitarnya adalah dust devil di planet ini.

ESA memuat naik gambar seolah-olah malaikat di permukaan Marikh ke dalam laman web rasminya pada tahun lalu. Gambar itu dikatakan dirakam oleh satelit Mars Express dengan menggunakan kamera berteknologi tinggi yang dilengkapi dengan stereo beresolusi tinggi.

A_heart_of_Mars

ESA

Para saintis mengakui bahawa itu bukanlah gambar malaikat yang sebenar, tetapi melihat kepada gambar itu, mereka merasa takjub dengan pelbagai ciri geologi yang berjaya ditemui di dalam satu gambar. Menurut mereka, di bahagian kiri malaikat kemungkinan besar merupakan lubang sublimasi, salah satu ciri musim yang berlaku ketika ais berubah menjadi wap di Marikh.

Untuk rekod, pada Februari lalu teknologi robotik Perseverance bukan sahaja mampu untuk menghantar gambar dan video setelah berjaya mendarat dengan selamat di permukaan Marikh. Robot yang dilengkapi dengan mikrofon ini juga telah merakam suara dan bunyi yang ada di Planet Merah dan menghantarnya kembali Bumi.

Ini adalah kali pertama rakaman audio dibuat di permukaan Marikh. Perseverance mempunyai dua mikrofon di badannya bagi merakam bunyi yang terdapat di planet merah. NASA juga telah menyiarkan rakaman audio planet Mars di Twitter. Terdengar bunyi mekanikal dari Perseverance sambil ditemani bunyi angin yang ada di Marikh.

Sebenarnya, rover InSight yang terbang ke Mars pada tahun 2018 telah merakam suara Marikh, tetapi tidak dengan mikrofon tetapi menggunakan seismometer dan sensor tekanan udara. Jadi ini adalah pertama kali rakaman suara Marikh yang diambil dengan menggunakan mikrofon.

Saintis AS perlukan dana sebanyak RM850 juta, rancang mahu kurangkan cahaya matahari. Klik pautan di bawah untuk membaca.

Saintis AS Perlukan Dana Sebanyak RM850 Juta, Rancang Mahu Kurangkan Cahaya Matahari

Misteri 20 Tahun Akhirnya Terungkap, Ilmuwan Berjaya Temukan Asal Usul ‘Penghuni’ Di Planet Marikh

‘Rover’ Bersejarah NASA Di Marikh Dikawal Oleh Saintis Ini Di Rumahnya Sahaja

Anda Mungkin Suka