Selfie atau swafoto secara melampau telah merekodkan 330 kematian di seluruh dunia dalam 10 tahun terakhir, kata data terbaru yang dikeluarkan oleh Inkifi seperti yang dilaporkan The Sun.

Dalam 1 dekad terakhir, kes kematian melibatkan swafoto terus menerus menunjukkan peningkatan setiap tahun. Ada yang meninggal dunia akibat lemas, disengat atau jatuh dari tebing ketika sedang sibuk berswafoto.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Untuk rekod, tiga negara dengan jumlah kematian tertinggi akibat swafoto secara melampau adalah India dengan 176 kes, diikuti oleh Amerika Syarikat dan Rusia masing-masing dengan 26 dan 19.

Mengenai lokasi, kematian atau kecederaan yang paling banyak berlaku akibat daripada aktiviti swafoto adalah jalan kereta api. Sebanyak 62 orang terbunuh atau cedera di landasan kereta api, 38 jatuh dari tebing, dan 24 jatuh ke sungai.

Tebing bukit mungkin sering menjadi tempat tumpuan untuk orang ramai. Bagaimanapun, ia juga telah direkodkan sebagai lokasi kematian oleh mereka yang mengambil gambar secara swafoto.

Awal tahun ini dilaporkan bahawa seorang gadis dari India lemas selepas dia terjatuh ke dalam sungai ketika sedang mengambil swafoto. Dia dikatakan ditolak secara tidak sengaja oleh salah seorang pelancong yang melalui kawasan terbabit.

Pada tahun 2017 pula, lapan lelaki di India, berusia 21 hingga 28 tahun, mati ketika mengambil swafoto di atas kapal. Mereka lemas setelah kapal yang dinaiki oleh mereka terbalik. 

Pada akhir tahun 2020, Guilherme Chiapetti (22) mengalami patah tulang dan kecederaan otak setelah jatuh ketika mengambil gambar swafoto di kawasan hutan Cachoeira da Onça.

Kejutan elektrik semasa mengambil swafoto juga adalah penyebab kematian. Di Crotia, dua lelaki menaiki kereta api elektrik untuk berswafoto, salah satunya mati akibat terkena kejutan elektrik 25,000 volt.

Suami sempat ‘selfie’ dengan isteri hamil 7 bulan sebelum tolaknya jatuh dari tebing bukit. Klik pautan di bawah untuk membaca.

Suami Sempat ‘Selfie’ Dengan Isteri Hamil 7 Bulan Sebelum Menolaknya Jatuh Dari Tebing Bukit

Ringkas Dan Mudah, Aplikasi Ini Mampu Ubah Gambar ‘Selfie’ Anda Menjadi Versi Kartun

Kerajaan Arab Saudi Haramkan Mengambil ‘Selfie’ Di Masjidil Haram Dan Al Nabawi