Jika sebelum ini Polis Kedah memaklumkan akan menyemak rumah dengan jumlah selipar dan kereta yang banyak sewaktu sambutan Aidilfitri sebagai langkah untuk mengelakkan penularan COVID-19, kini Polis Perak tampil dengan sebuah lagi inisiatif terbaru.

Dimaklumkan oleh Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid, pihak mereka sedia menempatkan penguat kuasa di setiap kaunter tiket plaza tol bagi memeriksa baki tambah nilai untuk memastikan tidak terdapat individu yang merentas negeri sewaktu perayaan Aidilfitri.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Difahamkan strategi untuk menyemak kadar bayaran tol ini dibuat bagi mengetahui perjalanan seseorang individu sekaligus mengelakkan kepada masalah melibatkan lalu lintas.

Individu yang melalui Jalan Duta dan tidak mempunyai surat merentas negeri juga bakal dikenakan tindakan kompaun serta diminta untuk berpatah balik.

Selain itu, penguatkuasaan di setiap keluar masuk daerah akan diperketatkan dalam usaha untuk mengekang orang ramai dari negeri luar pulang ke kampung untuk menyambut Aidilfitri.

Tular pada minggu ini apabila pelawak Lan Pet Pet dikatakan sekali lagi terlibat dengan pergaduhan di mana beliau telah merangkul leher dan memukul seorang penghantar makanan.

Rangkul Leher Dan Pukul Penghantar Makanan, Lan Pet Pet Sekali Lagi Terlibat Dengan Pergaduhan

Mahu Utamakan Golongan ‘Kayangan’, Wanita Ini Maut Selepas Tangki Oksigen Dirampas Polis