Amber Court Villa yang terletak di Genting Hinglands telah menyajikan pelbagai cerita menarik mengenainya. Daripada pengalaman misteri, penampakan hantu dan realiti sebenar situasi di sana.

Terbaharu, Free Documentary, salah sebuah saluran YouTube yang berpusat di Berlin, Jerman telah turun ke Pahang untuk merasai sendiri cerita seram yang ada di banggunan 23 tingkat tersebut.

Mereka telah menghantar Paul, seorang hos yang bertapak di Malaysia untuk merungkai sendiri bagaimana keadaan di Amber Court? Adakah banggunan itu menyeramkan? Atau sebenarnya ia hanyalah kisah dongeng masyarakat setempat.

Ketika menjelajah untuk mendalami Amber Court, Paul telah menemuramah ramai orang. Namun kebanyakan yang beliau jumpa adalah warga asing yang menetap di sana. Dia juga ditunjukkan jalan ke salah sebuah rumah yang tidak ada sesiapa pun berani untuk masuk.

Ada sebahagian daripada mereka menceritakan pengalaman misteri selama tinggal di sana. Sebahagian pula menceritakan bahawa mereka akan elak untuk duduk seorang diri jika teman serumah mereka keluar bekerja.

Selain itu, dokumentari ini turut memaparkan realiti sebenar yang terjadi ke atas banggunan tersebut. Dari sebuah tempat percutian kepada sebuah rumah yang telah menjadi sarang warga asing.

Mungkinkah ‘kotak berhantu’ ini jadi penyebab PrinceMeed diganggu entiti misteri? Klik pautan di bawah untuk membaca.

Mungkinkah ‘Kotak Berhantu’ Ini Jadi Penyebab PrinceMeed Diganggu Entiti Misteri?

Misteri Terungkai, Bunyi Letupan Kuat Di Sabah Berpunca Daripada Meteor

Misteri Okiku, Anak Patung Jepun Yang Rambutnya Memanjang Seperti Manusia