Anda biasa melalui hari yang segalanya terasa tidak kena? Stress dengan bebanan kerja hari – hari yang semakin bertambah? Itu belum lagi masalah jam semasa balik kerja lagi, ye lah jam dan KL berpisah tiada, ketepikan semua masalah itu seketika. Refreshkan diri anda dengan makanan – makanan yang enak yang mampu buatkan anda lebih ceria dan relax

Kali ini kami ingin kongsikan 5 makanan yang mampu mengurangkan stress Anda juga menyihatkan

1. Teh Hijau

Teh Hijau atau Green tea sangat popular di kalangan Tiong – Hua. Apa yang menarik tentang teh hijau ini adalah teh hijau mengandungi asid amino yang dipanggil theanine dimana mampu membuatkan anda lebih tenang dan membantu mendapatkan tidur yang berkualiti. Best bukan?

2. Cokelat

Cokelat bukan sahaja enak malah mampu membuatkan anda hilang stress. Menurut kajian pada 2009 , individu yang kerap mengambil cokelat mempunyai hormone stress yang rendah di dalam darah. Selain itu, cokelat juga terbukti berkesan untuk memujuk perempuan. Eh.

3. Salmon

Salmon? Ya salmon dan tuna mempunyai Omega 3s dimana mampu membuatkan anda lebih tenang. Isinya yang lembut dan enak mampu membuat anda lebih relax gitu.

4. Oat

Oat merupakan makanan sarapan terbaik untuk mengurangkan stress juga berkesan untuk mengurangkan kadar kolestrol di dalam badan Anda. Kepada mereka yang ingin diet dan mahu makanan yang enak, oatmeal pasti tidak mengecewakan anda. Ditambah pula dengan kismis dan buah berry . Ah, sangat sedap dan sihat.

5. Susu

Tidak kisah susu lembu atau susu kacang soya, Susu berkesan mengurangkan masalah mood swing semasa PMS berikutan kandungan calciumnya yang tinggi. Juga membantu anda tidur dengan baik dan selesa.

p/s : Kesemua makanan ini mampu mengurangkan stress, tetapi kalau hari – hari tersangkut di jam bandaraya tetap akan stress juga. Hehe