Tak tahu nak ke mana hujung minggu ini? Kalau anda berada di sekitar Lembah Klang, boleh ke Setor Gombak untuk satu festival pakaian vintaj yang sedang berlangsung sehingga esok.

Dalam 3 bulan pertama tahun 2018, rasanya inilah festival vintaj besar yang bakal membuka tirai festival vintaj lain sepanjang tahun ini. Festival ini bermula dari jam 12 tengah hari sehingga 3 pagi. Lokasi Setor Gombak ini pula berhadapan Pasar Awam Gombak.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

https://www.instagram.com/p/Bg6yAQhFK-6/?taken-by=themaniacs_store

Apa sahaja yang anda cari, pasti akan ada di sini nanti. Festival ini selesa kerana dibuat dalam ruang berbumbung dan anda boleh datang bila-bila masa sahaja. Buat peminat tegar barangan bundle dan vintaj, jangan lupa untuk luangkan masa untuk ke Setor Gombak dan support festival ini. Mana tahu anda dapat beli barang yang anda cari selama ini di sini nanti.