Setiap kali melihat drama Melayu, mesti anda perasan akan menu yang sama ditunjukkan dalam babak makan seperti mee goreng, air jus oren dan juga kek. Tipulah jika anda tidak pernah terliur walaupun sekali.

Terbaharu, sebuah video TikTok perkongsian @srsuperrocket1 tular di media sosial dimana memaparkan keadaan di satu set penggambaran. Menerusi video terbabit, terlihat Fimie Don, seorang pelakon telah mencampakkan sepotong kek yang dihidang diatas meja.

@srsuperrocket1

hahahahh 🥺🥺 nak mkn rupa nya palsu #tiktok #viral #fyp #youtube

♬ original sound – Srsuperrocket – Srsuperrocket

Apa yang mengejutkan adalah kek itu sebenarnya palsu. Fimie Don turut berkata dalam video tersebut bahawa inilah realiti dunia lakonan. Mungkin sebab itu, setiap kali adegan makan kita jarang lihat pelakon makan makanan mereka.

Video tersebut mendapat perhatian netizen dan rata-rata netizen berasa terkejut serta baru tahu bahawa ‘prop’ makanan dalam drama adalah palsu. Malah, ada juga yang mengatakan selama ini tertipu dan pernah terliur melihat makanan yang dimakan oleh pelakon dalam adegan drama atau filem.

Akan tetapi, ada juga segelintir netizen yang sudah tahu akan perkara tersebut. Para netizen turut mengatakan bahawa makanan tersebut nampak ‘real’ bukannya palsu. Adakah anda juga baru tahu?

Sementara itu, kami kongsikan artikel berkaitan industri seni tempatan pada pautan di bawah ini.

Berderai Air Mata, Loca B Terkilan Anak Masih Belum Dapat Kewarganegaraan Malaysia

Mahu Raih 1 Juta ‘Followers’, Nam Ron Sahut Cabaran Stesen TV Dengan Menayang Badan

Ditolak Stesen TV Berbayar, Filem Frontliner Bakal Ditayangkan Di Netflix 30 September Ini