Sebut sahaja Black Panther pasti ramai yang cukup ingat dengan slogan ‘Wakanda Forever’. Slogan yang dipimpin oleh T’Challa selaku hero dalam filem ini sekaligus berjaya membuatkan watak yang dilakonkan oleh Chadwick Boseman menjadi ikonik.

Pada hari ini, dunia dikejutkan dengan kematian Chadwick Boseman pada usia 43 tahun. Apa yang lebih mengejutkan ramai sudah pastinya punca kematiannya yang disebabkan kanser usus peringkat keempat yang terpaksa ditanggungnya sebelum ini.

is-this-the-reason-why-avengers-endgames-chadwick-boseman-aka-black-panther-used-walking-stick-lost-so-much-weight-001-1280×720
Keadaan Chadwick Boseman beberapa bulan sebelum kematian

Difahamkan penyakit yang ditanggung beliau sejak 2016 ini cuma diketahui oleh keluarga terdekat beliau sahaja sebelum ini. Lebih menyayat hati, babak pertembungan bersama Thanos sewaktu Avengers: Endgame dilaporkan telah dilakonkan beliau sewaktu mempunyai sel kanser di dalam badannya.

Kematian beliau sememangnya mengejutkan ramai, khususnya kenalan rapat mendiang Chadwick Boseman yang terdiri daripada barisan para pelakon Avengers. Berikut merupakan antara ucapan yang dikongsikan oleh para pelakon mengenai pemergian bintang Black Panther ini.

https://www.instagram.com/p/CEdTxJWFYoD/?utm_source=ig_embed

Selain barisan pelakon Avengers, sejumlah besar para selebriti turut sedih dengan pemergian mengejut beliau. Beliau yang sebelum ini di dalam sebuah temu ramah pernah berjanji untuk memberi sepenuh komitmen untuk kerjanya akhirnya terjawab menerusi filem-filem lakonan terakhir beliau.

Akhirnya terjawab mengapa bintang Black Panther ini dilihat tidak semakkin kurus dan tidak bermaya sekitar dua bulan lalu.

Kurus Dan Tidak Bermaya, Peminat Risau Keadaan Terkini ‘Black Panther’

Bintang Utama Black Panther, Chadwick Boseman Meninggal Dunia

Sumber