Tindakan dua anggota wanita Polis Diraja Malaysia menyelamatkan bayi pasangan Rusia yang dilahirkan di hotel baru-baru ini mendapat perhatian daripada Kedutaan Rusia di Malaysia pada semalam.

Dua anggota wanita tersebut yang dikenali sebagai Inspektor Sinniah Rajoo dan Korperal Dayang menerima ucapan ‘Terima Kasih’ daripada Kedutaan Rusia atas tindakan mereka membantu pasangan serta bayi itu sebelum ini.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Ucapan oleh kedutaan itu dirakamkan melalui ruangan komen hantaran yang dibuat oleh wakil kedutaan itu di Facebook Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) pada semalam.

“Mewakili pihak Kedutaan Rusia, kami ingin mengucapkan ‘Terima Kasih’ buat Inspektor Sinniah dan Korperal Dayang kerana sifat kemanusiaan dan belas kasihan yang ditunjukkan kepada pasangan Rusia dan bayi mereka,” tulis kedutaan tersebut di Facebook.

Inspektor Sinniah Rajoo dan Koperal Dayang sebelum ini dilaporkan membantu kedua-dua warga Rusia berkenaan dan turut menukar lampin pakai buang bayi terbabit selepas terlihat kelibat mereka ketika bertugas di Jalan Ampang.

Bercerita kepada Harian Metro, Inspektor Sinniah berkata bayi tersebut masih mempunyai tali pusat ketika ditemui dan pasangan yang membawanya pula berada dalam kedaaan kurus.

“Saya juga bertanya mereka mengenai kelahiran bayi itu. Lelaki berkenaan berkata dia sendiri yang menyambut kelahiran di sebuah hotel.

“Mereka mendakwa sudah kehabisan wang. Atas dasar kemanusiaan saya dan anggota menghulurkan bantuan.

“Mereka kemudian dibawa ke Balai Polis Tun Razak sebelum ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk pemeriksaan kesihatan,” katanya.

Ini bukanlah kali pertama warga Rusia mengalami musibah di negara ini sejak PKP dilaksanakan bermula 18 Mac lalu. Kami juga pernah berkongsi kisah seorang warga mereka yang terperangkap di Pahang sebelum ini. Klik pautan di bawah untuk membaca. 

Terperangkap Dengan PKP, Jurutera Dari Rusia Ini Ditinggalkan Bersendirian Di Temerloh

Baru Sahaja Berusia Sebulan, Bayi Ini Muncul Pesakit Termuda Pulih Daripada COVID-19