Malam ni aku baru je selesai makan nasi goreng campur sosej yang aku masak sendiri dan tak berapa sedap sangat sebab aku tengah penat dan tengah memikir, bila tiba-tiba terdengar WhatsApp berbunyi.

Rupanya mesej dari seorang sahabat, yang aku panggil Kak X (nama dirahsiakan untuk privasi).

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Akaun FB Kak X telah digodam oleh orang dari luar negara. Walaupun dah setahun Kak X deactivate akaun FB tersebut, tiba-tiba akaunnya muncul kembali online malam semalam, tanpa diundang…

Penggodam yang menggelarkan dirinya ‘Ghost’ telah bertindak dengan friend ramai gadis-gadis muda di FB melalui akaun FB Kak X.

Aku minta Kak X berikan aku login dan kata laluan ke FB beliau dan minta kebenaran untuk login dan selesaikan masalah yang dihadapi.

Nota: Kebenaran hendaklah diminta dari Tuan / Puan empunya. Jika tidak, sama seperti menceroboh akaun FB orang lain dan tidak beretika.

Bila aku cuba login, rupanya Ghost telah mengubah kata laluan akaun tersebut sejam yang lalu. Maka kata laluan yang aku gunakan mengeluarkan mesej ‘error’.

Kata laluan diubah

Dalam keadaan begini, jangan panik. Ini solusinya:

Bila keluar error tersebut, Facebook ada kemukakan soalan, “Adakah benar anda telah mengubah kata laluan SATU jam yang lalu?”

Pilih jawapan TIDAK.

Kemudian Facebook akan memberi 3 pilihan:

1. Reset password melalui akaun email anda: [email protected]
2. Reset password melalui nombor telefon anda di 012-345xxxx.
3. Reset password anda melalui Akaun Google anda.

Aku menggunakan pilihan no. 1.

Kemudian aku minta Kak X WhatsApp aku 6 nombor rahsia yang FB telah emailkan padanya. Dengan 6 digit rahsia tersebut, aku dapat login ke akaun FB Kak X setelah menukar kata laluan kepada yang baru. Alhamdulillah.

facebook-03

Tukar juga yang lain

Selepas tu tanpa melengahkan masa, aku:

1. Minta Kak X tukar kata laluan e-mailnya. Kerana mungkin emailnya telah digodam.

2. Pada Settings FB, aku ke bahagian Security dan terus delete semua device lain dalam Recognized Device kecuali Current Device.

facebook-05

facebook-06

3. Aku juga telah delete kesemua lokasi pada ‘Where You’re Logged In’, agar jika ada device lain yang telah login ke FB Kak X, ia akan terus mematikan sesi tersebut.

facebook-07

Browser dan laptop

Cara nak kukuhkan lagi FB yang menggunakan Browser pada laptop:

1. Pada Settings > pilih Login Approvals, tick ‘require a login code to access my account from unknown browsers’. Login code akan dihantar melalui SMS atau boleh guna kod dari Code Generator pada Facebook App di smartphone.

facebook-04

2. Pada Settings > Pilih Code Generator. Setiap kali hendak login, kod akses diperlukan dari Facebook App pada bahagian Code Generator.

facebook-10

Bacaan lanjut tentang Code Generator pada Facebook: Sini

Aplikasi mobile

Cara nak kukuhkan FB pada mobile application:

Pada Account Settings > Security:

1. Select Login Alerts: FB notifications (on), Email notifications (on) .

2. Login Approvals On: sila tick pada kotak.

facebook-08

3. Third Party Authenticator: Boleh setup guna Google Authenticator yang boleh didownload di sini:

Android: Sini

IOS: Baca caranya di sini

4. Sentiasa kenalpasti ‘Recognised Devices’ yang telah login ke Facebook. Delete nama devices yang tidak lagi dugunakan atau tidak dapat dikenalpasti.

5. Sentiasa pantau ‘Where You’re Logged In’ dan sesi Facebook. Jika kelihatan lokasi seperti di luar negara sedangkan korang berada di Malaysia, tamatkan sesi tersebut dengan klik pada ‘x’ pada sesi lokasi tersebut.

Bacaan Lanjutan: Facebook, Facebook, Foxnews

Harap dapat manfaatkan semua.