Antara hero tidak didendang yang terkenal di Malaysia merupakan kumpulan rider servis penghantaran. Oleh kerana mereka sentiasa berada di jalanan, orang ramai sentiasa melihat kelibat mereka memberikan bantuan setiap kali terdapat insiden yang berlaku berhampiran tempat mereka berada.

Baru-baru ini sekumpulan rider GrabFood dan orang awam telah mempertaruhkan nyawa mereka dengan terjun ke dalam parit untuk menyelamatkan sebuah keluarga yang baru sahaja kemalangan.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Menurut hantaran Facebook Bomba Petra Jaya, sebuah kereta yang dinaiki oleh empat orang sekeluarga terbabas apabila mengelak sebuah kereta yang keluar secara tiba-tiba di simpang kawasan Jalan Camar Petra Jaya, Kuching, Sarawak.

Salah seorang lelaki yang membantu, Encik Aiman dan rider GrabFood, Encik Khairul menyatakan lebih daripada 12 rider GrabFood segera terjun ke dalam parit sedalam 7 kaki dan lebar 4 kaki untuk mengeluarkan sebuah keluarga dari kereta daripada tenggelam.

Keluarga yang terperangkap di dalam kereta tersebut terdiri daripada seorang lelaki dewasa, wanita dan dua orang kanak-kanak. Sejurus diselamatkan, kesemuanya terus dihantar ke unit EMRS pada kadar segera.

Hantaran Facebook tersebut telah meraih perhatian orang ramai dan mereka semua memuji tindakan rider GrabFood yang sanggup mempertaruhkan nyawa mereka demi menyelamatkan orang lain semasa bertugas menghantar makanan.

vocket-rider-grabfood-selamatkan-mangsa-lemas-4
Sumber Gambar: Bomba Petra Jaya
vocket-rider-grabfood-selamatkan-mangsa-lemas-7
Sumber Gambar: Bomba Petra Jaya
vocket-rider-grabfood-selamatkan-mangsa-lemas-5
Sumber Gambar: Bomba Petra Jaya
vocket-rider-grabfood-selamatkan-mangsa-lemas-6
Sumber Gambar: Bomba Petra Jaya
vocket-rider-grabfood-selamatkan-mangsa-lemas-3
Sumber Gambar: Bomba Petra Jaya

Terdapat juga netizen yang memberi cadangan agar menubuhkan satu persatuan yang boleh berikan token penghargaan kepada rider dan orang awam yang menjadi ‘first respondent’ untuk menyelamatkan mangsa sebelum pertolongan daripada pihak keselamatan sampai.

Tahniah dan terima kasih diucapkan kepada sekumpulan rider GrabFood dan orang awam yang memberikan bantuan awal dalam insiden ini. Anda semua telah buktikan bahawasanya dalam sibuk mencari rezeki, kita semua masih sempat membantu orang lain yang dalam kesusahan.

Seorang rider foodpanda dirakam bantu polis tangkap perompak yang cuba melarikan diri. Baca lebih lanjut melalui pautan di bawah.

‘Rider’ foodpanda Sekali Lagi Muncul Hero, Kali Ini Bantu Polis Tangkap Perompak

Netizen Puji Tindakan Berani Abang Rider ‘Bantu’ Tangkap Individu Dicari Polis Johor