Tindakan Cristiano Ronaldo mengalihkan dua botol air Coca-Cola yang disediakan oleh penaja dan mengantikan dengan air kosong semasa sidang media kejohanan Euro 2020 pada Isnin lalu telah mencetuskan kontroversi hangat.

Walau bagaimanapun, niat beliau sebenarnya baik iaitu ingin mempelawa orang ramai supaya mengamalkan tabiat minum air kosong dan meninggalkan minuman air berkarbonat, cuma tidak kena pula dengan cara beliau mempromosikan tabiat sihat tersebut.

https://youtu.be/MANZ9ZfKFhY

Aksi berkenaan sudah menjadi trend dan turut ditiru oleh dua pemain dari pasukan yang lain iaitu pemain tengah Perancis yang beragama Islam, Paul Pogba yang mengalihkan minuman alkohol Heineken pada Selasa manakala pemain Itali, Manuel Locatelli menggantikan Coca-Cola dengan air kosong pada kelmarin.

Susulan daripada tindakan itu, pengarah kejohanan UEFA Euro 2020, Martin Kallen telah mengeluarkan amaran keras kepada semua pemain yang mewakili 24 pasukan dalam kejohanan ini supaya menghentikan budaya mengalihkan minuman tajaan semasa sidang media berlangsung.

“UEFA sudah pun mengingatkan kepada semua pasukan bahawa penajaan amatlah penting untuk menjayakan sesebuah kejohanan dan pembangunan bola sepak Eropah, termasuk bola sepak belia dan wanita.”

“Dan, semua pasukan dan para pemain sebelum ini sudah pun diberi peringatan supaya sentiasa berdisiplin dan mematuhi peraturan-peraturan yang telah ditetapkan oleh UEFA.

“Bercakap pasal Pogba, saya faham kenapa beliau alihkan botol hijau Heineken kerana beliau Muslim dan menentang minuman alkohol berlandaskan fahaman agama,” kata Kallen semalam seperti dipetik portal Give Me Sport.

medium_2021-06-11-ba48a4d756
Martin Kallen. Sumber: Germany In 24

Dalam pada itu, Kallen juga menambah bahawa UEFA tidak akan mendenda pemain berikutan kesalahan mengalihkan minuman yang disediakan oleh penaja-penaja Euro 2020 sebaliknya pasukan yang akan menanggung denda disebabkan perbuatan mereka itu.

“Mewakili pihak UEFA, kami berhasrat untuk tidak mendenda pemain-pemain berkenaan, sebaliknya denda dikenakan kepada pasukan yang mereka wakili.

“Tetapi keputusan akan berubah dan boleh jadi pemain juga akan turut didenda. Buat masa ini masih tiada tindakan yang diambil ke atas pemain,” ujarnya lagi.

Untuk rekod, Coca-Cola dan Heineken serta 10 penaja lain telah banyak menaja untuk menjayakan kejohanan bola sepak berprestij UEFA 2020 dengan nilai tajaan secara keseluruhannya berjumlah hampir $2.4 biliion (RM9.87 billion).

Tindakan Ronaldo dikatakan punca pasaran Coca-Cola rugi RM16.4 bilion. Baca menerusi klik pada pautan di bawah.

Tindakan Ronaldo Alih Botol Coca-Cola Buat Jenama Itu Rugi RM16.4 Bilion

Ronaldo Bengang Dengan 2 Botol Coca Cola Dan Mengalihkannya

Euro 2020: Rekod Peribadi Ronaldo Serikan Kejayaan Portugal Atasi Hungary

 

Sumber