Umum mengetahui bahawa vape bahaya untuk kesihatan dan pastinya lebih banyak mendatangkan keburukan daripada kebaikan.

Follow VOCKET di Telegram untuk isu isu viral terkini

Terbaharu, sebuah video rakaman Insta Story tular di media sosial yang memaparkan seorang lelaki memasukkan muncung vape pada seorang bayi dan hal ini membuatkan orang ramai berasa tidak senang.

HYPE
Ini ‘Rahsia’ Pengasas Tudung Dari Kelantan Raih Keuntungan RM10,000 Dalam 2 Minggu
Baca lagi →

Dapat dilihat menerusi video tersebut, bayi itu dipangku oleh seorang lelaki dan vape diletakkan pada mulut bayi itu sebanyak dua kali serta dapat dengar ketawa kecil daripada individu yang merakamnya.

Video yang tular tersebut telah mendapat perhatian orang ramai dan rata-rata netizen mengecam tindakan individu tersebut yang boleh dikatakan tidak bertanggungjawab.

Lantaran itu, ada juga netizen yang telah membuat laporan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) berhubung isu itu tetapi pihak JKM hanya mampu memberikan nasihat kepada ibu bapa bayi terbabit dan tiada tindakan lain boleh dilakukan.

Dalam satu kenyataan di Insta Story individu yang melakukan perbuatan tersebut, dia mengakui dirinya bersalah tetapi menegaskan bahawa vape itu tidak berfungi serta laporan polis telah dibuat untuk membetulkan kenyataan yang tidak benar.

Difahamkan, individu tersebut bukanlah ayah kepada bayi itu seperti dakwaan banyak pihak. Malah, individu terbabit meminta maaf kepada orang ramai berhubung isu itu.

Sementara itu, kami kongsikan beberapa artikel yang sedang ‘trending’ di The Vocket pada pautan di bawah.  

‘Selfie’ Topson Depan Restoran Mee Tarik Di KL Buat Peminat Dota Seluruh Dunia Mahu Cubanya

Seperti ‘Tikam Belakang’ Stokis Dan Agen, Neelofa Umum HQ Jual Innai NunHa Di Shopee