Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Peraturan yang ‘simple’ tapi ada segelintir individu yang susah mahu mengikutinya seperti tidak mahu pakai pelitup muka ketika berada di tempat awam. Malah, kita pernah digemparkan dengan situasi seorang wanita warga asing yang berkeras tidak mahu memakai pelitup muka di depan butik Dior.

Sekali lagi, kes melibatkan wanita bukan warganegara atau dipanggil sebagai ‘karen’ dilihat dengan santai berjalan tanpa pelitup muka tular di media sosial. Seorang pengguna Twitter @AdibahOj telah berkongsi gambar dua wanita yang melanggar peraturan ditetapkan di Twitter miliknya.

Menerusi perkongsian itu, Adibah menzahirkan rasa tidak puas hati kerana dua wanita itu itu tidak dikenakan sebarang tindakan. Perkongsian tersebut mendapat perhatian netizen dan rata-rata netizen berasa marah kerana masih ada individu tidak mahu mengikuti peraturan yang ditetapkan bagi mengawal penularan wabak COVID-19.

Bukan itu sahaja, para netizen juga mengatakan seharusnya mereka ini dikenakan hukuman yang sama seperti dikenakan kepada rakyat Malaysia jika melanggar peraturan. Malah, ada juga netizen mendakwa berlakunya layanan ‘double standard’ kerana jika rakyat biasa pasti sudah dikenakan saman.

Menurut laporan, Ibu Pejabat Polis Dang Wangi telahpun membuka kertas siasatan berhubung isu ‘karen’ yang melanggar SOP dan akan dirujuk ke Pejabat Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan lanjut.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya berkata, siasatan itu di bawah Seksyen 21A, Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1998 (Akta 342) dan Peraturan 17(1) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan (Pelan Pemulihan Negara) 2021.

Sementara itu, anda yang terlepas berita berkaitan ‘karen’ Dior yang degil tidak mahu pakai pelitup muka, klik sahaja pautan di bawah untuk ketahui lanjut.

Tular Tidak Pakai Pelitup Muka Di Butik Dior, Minah Saleh Ini Telah Dikompaun RM3,000

Hanya Mahukan Hak Kebebasan, Luahan Perasaan ‘Karen Dior’ Buat Netizen Tidak Senang

Anda Mungkin Suka