Terbaharu, sebuah video berdurasi 20 saat tular di media sosial memaparkan wanita bungkusan plastik di sebuah jambatan di Kelantan daripada kenderaannya.

Tanpa segan silu, kereta dinaiki wanita tersebut berhenti di tengah-tengah jambatan membuang plastik sampah takkala banyak mata-mata yang menyaksikan kejadian ‘tiada sivik’ itu.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Tindakan wanita tersebut mendapat perhatian netizen dan rata-rata netizen mengecam tindakan si pelaku yang tidak bermoral itu. Malah, tindakan tersebut turut memalukan rakyat negeri Kelantan apabila si pelaku didakwa menaiki kenderaan yang menggunakan nombor plat ‘D’.

Bukan itu sahaja, para netizen turut mahu pihak berkuasa mengambil tindakan sewajarnya kepada si pelaku. Ini kerana, kesan perbuatan si pelaku boleh mengakibatkan pencemaran sungai dan juga banjir kelak.

Isu pembuangan sampah merata-rata ini sering terjadi di Malaysia dan perkara ini amat membimbangkan. Apakah pendapat anda mengenai perkara ini?

Sementara itu, kami kongsikan beberapa artikel yang ‘trending’ di The Vocket pada pautan di bawah ini.

20 Tong Sampah Disediakan Tetapi Jambatan ‘Viral’ Terengganu Masih Kumpul 750 KG Sampah

Terkenal Disebabkan Filem 3 Idiots, Tasik Pangong Yang Cantik Kini ‘Musnah’ Akibat Sampah

Saloma Link Dicemari Sampah, Lelaki Ini Kecewa Sikap Pengunjung Tidak Bertanggungjawab