Aksi penyanyi remaja lelaki popular mencium seorang wanita di sebuah kelab malam telah hangat diperkatakan selepas video berdurasi 5 saat itu tersebar di TikTok.
Menerusi laporan, klip video yang tular itu telah dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok kelmarin dan telah dikirimkan ke peti mesej portal Boom! semalam.
Baca Juga:
- Anda Selalu Boros? Ini Tip Berbelanja Khas Untuk Kaki Shopping
- Produk Laku Keras, Ini 5 Perkara Yang Boleh Kita Belajar Daripada Kejayaan Khairul Aming
- ‘Ibu Lebih Percayakan Scammer’ – Anak Luah Rasa Kesal Duit Lebih RM60,000 Milik Ibunya Lesap
Menerusi video terbabit, dikatakan dapat melihat penyanyi itu sedang berhibur di kelab malam dan juga memeluk serta mencium seorang wanita di bahagian pipi dan leher yang juga terlihat ghairah.
Untuk pengetahuan anda, ini bukanlah kali pertama dia terlibat dengan kontroversi seperti ini dan dia juga pernah dikatakan telah bernikah dengan seorang wanita setelah terlanjur. Walau bagaimanapun, hal tersebut dinafikan sekeras-kerasnya oleh ahli keluarganya dan mendakwa ia fitnah semata-mata.