Perbuatan mencuri adalah salah di sisi undang-undang dan boleh ditangkap serta dikenakan tindakan jika didapati bersalah. Adakah kasut anda pernah hilang ketika di masjid atau dimana-mana sahaja?

Terbaharu, sebuah video memaparkan seorang lelaki yang dipercayai mencuri kasut dan selipar di sebuah kuarters di Putrajaya dapat dirakam kamera litar tertutup (CCTV), dengan mukanya terpampang jelas.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Difahamkan, lelaki tersebut telah melakukan kegiatan tersebut berbulan-bulan menggunakan pakaian seragam yang sama dan tidak menyedari terdapat CCTV di rumah tersebut.

Menerusi video tersebut, pada awalnya lelaki itu memerhatikan keadaan sekeliling sebelum menceroboh pada bahagian pintu sebuah rumah. Lalu, dia mengambil beberapa pasang kasut sebelum beredar dan memasukkan kasut-kasut yang diambilnya ke dalam satu beg plastik hitam yang dia bawa bersama.

Video tersebut telah meraih perhatian orang ramai dan ada pengguna lain yang mendakwa kejadian berkenaan bukanlah kali pertama berlaku di kawasan itu dan lelaki itu gemar melakukan aktiviti mencuri sejak beberapa bulan lalu.

Bukan itu sahaja, para netizen juga berasa pelik kenapa masih ada individu mahu mencuri sedangkan itu perbuatan yang salah. Malah, rata-rata netizen juga berharap lelaki itu dapat ditangkap dan dihukum dengan segera agar sedar perbuatannya salah.

Sementara itu, kami kongsikan beberapa artikel yang sedang ‘trending’ di The Vocket pada pautan di bawah. 

Angkara Berebut Teman Wanita, Restoran Mamak Di Klang Musnah Selepas Jadi Tempat Pergaduhan

‘Dapat Lihat Dari Jauh’ – Penduduk Di Kelantan Jadi Saksi Tak Bai Digegarkan Dengan Letupan Bom Dan Tembakan