Sebelum ini tular seorang lelaki ditangkap polis selepas ‘flex’ duit hasil rompakan dan terkini kegiatan jenayah pencuri pula kantoi secara ‘live’ apabila melarikan sebuah telefon bimbit.

Menerusi klip video yang viral itu, dapat dilihat seorang pencuri melarikan sebuah telefon pintar ketika mangsa melakukan siaran langsung di aplikasi Instagram dan kejadian di percayai berlaku di kedai kopi di Jalan Bali Matraman di Manggarai Selatan, Jakarta.

Ketika mangsa sedang sibuk berbual sambil ‘live’ di Instagram, pencuri tersebut yang memerhati dari belakang bertindak merampas telefon pintar mangsa yang berada di atas meja lalu melarikan diri.

Lantas, mangsa dan rakannya cuba untuk menghentikan pencuri itu dengan menaiki motosikal tetapi gagal kerana diugut menggunakan senjata tajam. Video tersebut yang tular telah meraih perhatian netizen Indonesia dan rata-rata mengatakan pasti pencuri itu akan ditangkap kerana wajahnya sudah diketahui.

Sementara itu, kami kongsikan beberapa artikel yang sedang ‘trending’ di The Vocket pada pautan di bawah. 

Dakwa Hasil ‘Kerja’ Keras, Lelaki Bangga Tayang Duit Rompakan RM4.5 Juta Dicekup Polis

Popular Dengan Lagu ‘Sikok Bagi Duo’, Ini Penyanyi Yang Berjaya Cipta Fenomena Di TikTok