Sejak beberapa hari ini, meriah di media sosial mengenai perkongsian dan gelagat netizen dalam mengerjakan ibadah korban serta menyambut Hari Raya Aidiladha.

Di sebalik perkongsian yang menggembirakan umat Islam, tular baru-baru ini pada platform TikTok @makey.24jey dalam memaparkan ‘cara cepat’ yang dilakukan beliau membersihkan perut lembu iaitu menggunakan mesin basuh.

@makey.24jey

beginilah setiap tahun, bende boleh cepat buat apa nk lambatkan hahahaha.😂#foryou #viral2022 #fyp #fypシ #makanlokal #myfoodie #makanemoji

♬ Cumbia Buena – Grupo La Cumbia

Di sebalik pembersihan ‘cara cepat’ yang dikongsikan, rata-rata netizen nampaknya nampaknya terhibur dengan cara unik yang dikongsikan. Tidak kurang juga yang terkejut serta mencadangkan kaedah lain dalam membersihkan perut lembu seperti menggunakan water jet dan sebagainya.

Sumber: TikTok @makey.24jey
Sumber: TikTok @makey.24jey
Sumber: TikTok @makey.24jey

Setakat artikel ditulis, video yang dikongsikan berjaya meraih lebih 8 juta tontonan dan lebih 5,000 komen termasuk daripada netizen negara luar yang terkejut dengan kaedah yang dikongsikan.

Tular pada minggu ini apabila Ustaz Azhar Idrus dengan bersahaja ‘speaking’ dengan Minah Saleh dalam menerangkan mengenai ibadah korban.

Tenang Dan Bersahaja, UAI ‘Speaking’ Dengan Minah Saleh Tentang Ibadah Korban Raih Perhatian Netizen

‘Jumpa Di Highway’ – Ikon Permotoran Anak Muda Balas Respon Netizen Selepas Dilabel Rempit TikTok