Mulai mencipta nama sebagai angkawasan pertama negara, Dr Sheikh Muszaphar nampaknya terus menjadi bualan netizen sehingga pada hari ini. Tidak hanya berkongsi cara mendidik dan membesarkan anda di Instagram, beliau juga berjaya dikurniakan bayi kembar kedua pada akhir tahun lalu sekaligus menjadi buah mulut orang ramai.

Terbaharu, Dr Sheikh Muszaphar menerusi Instagram beliau telah mengongsikan telatah anaknya iaitu Adam dan Noah yang penuh bertenaga melompat daripada satu kereta ke sebuah lagi kereta yang lain.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Gayanya yang penuh sabar dan bersahaja menyuruh anak-anaknya turun daripada kereta dan berhenti melompat berjaya menarik perhatian netizen yang membandingkan gaya mereka dalam mengasuh anak-anak.

Menerusi perkongsian yang dibuat, para netizen kebanyakannya memuji cara Dr Sheikh Muszaphar mendidik dan mengasuh anak meskipun pada keadaan yang boleh memberi kesan kepada kereta. Berikut antara komen netizen menerusi video yang dimuat naik.

Screen Shot 2021-04-29 at 4.30.27 PM

Screen Shot 2021-04-29 at 4.30.37 PM

Dr Sheikh Muszphar juga turut memaklumkan cermin depan keretanya retak berikutan aktiviti melompat anak-anaknya. Jika situasi yang sama berlaku kepada anda, adakah anda masih kekal tenang apabila anak-anak anda melompat di atas kereta atau sebaliknya?

Tular pada hari ini apabila netizen mendakwa ‘abang burger’ yang dikompaun RM50,000 sebenarnya hidup mewah dan pernah melanggar SOP yang ditetapkan sebelum ini.

Netizen Dakwa ‘Abang Burger’ Sebenarnya Hidup Mewah, Pernah Disaman Langgar SOP Sebelum Ini

Bukan Sahaja Kereta Yang Banyak, Jumlah Selipar Bakal Diperiksa Polis Sewaktu Sambutan Aidilfitri

Dr Sheikh Muszaphar Dan Siti Nurhaliza Muncul Individu ‘Paling Dikagumi’ Di Malaysia