Sekitar minggu lalu telah berlangsungnya sebuah festival muzik yang menampilkan pelbagai kumpulan muzik tanah air daripada pelbagai genre dalam menyajikan persembahan buat para penonton.

Di sebalik kejayaan festival yang berlangsung, aksi Noh Salleh daripada kumpulan Hujan antara yang mencuri tumpuan netizen apabila dengan beliau dengan penuh selamba menjelir lidah dan meludah ke arah penonton.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

https://twitter.com/myraibrahim_/status/1576545229171486720?s=46&t=kSLor7NemqAI3gj85fNH8w

Tindakan aneh penyanyi ini secara tidak langsung telah mengundang pelbagai kritikan daripada para netizen. Terdapat netizen yang mahu beliau menjalani ujian air kencing. Tidak kurang juga yang berpendapat tindakan yang dilakukan sangat tidak bersesuaian lebih-lebih lagi di musim pasca pandemik ini.

https://twitter.com/parkchapstick/status/1576606066124550145

Sebelum ini, Noh Salleh turut tampil dengan gaya penuh kontroversi apabila beliau dilihat catwalk sambil merokok di pentas KLFW22 sehingga mendapat DG Hisham.

Diharap tindakan yang dilakukan tidak menjadi contoh kepada penyanyi tempatan lain sekaligus para penonton yang rata-ratanya terdiri daripada anak muda yang dahagakan hiburan.