Umum mengetahui, kita perlu menjaga adab ketika berada di tempat beribadat dan juga di majlis ilmu. Malah, kita haruslah mengawal diri daripada melakukan perkara-perkara yang melalaikan sekaligus mencemarkan sesuatu majlis ilmu itu.

Terbaharu, seorang pengguna TikTok @fazil_kechik telah berkongsi sebuah video yang memaparkan situasi para jemaah yang sedang menunggu penceramah di majlis agama.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

https://www.tiktok.com/@fazil_kechik/video/7155028707873180954?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id=7139801178280494594

Akan tetapi, terdapat ‘plot twist’ apabila menunjukkan seorang pak cik yang sempat bermain permainan judi online ketika sedang menunggu penceramah.

Perkongsian tersebut telah meraih perhatian ramai orang dan tindakan pak cik tersebut dikecam oleh netizen kerana dianggap tidak menghormati majlis agama yang dihadiri olehnya.

Tidak hanya itu, ada juga netizen yang seperti memerli pak cik itu yang bermain ‘spin’ ketika majlis agama. Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih lebih 400 ribu tontonan dan 300 ribu tanda suka.