Pada hari hujung minggu, selain penduduk Malaysia mengambil kesempatan untuk keluar ke sana-sini, warga Singapura juga turut tidak melepaskan peluang untuk bercuti di sini. Ada yang datang bersama ahli keluarga dan ada yang berkonvoi dengan kenderaan mewah masing-masing.

Baru-baru ini satu kumpulan konvoi Ferrari Singapura mendapat kecaman netizen apabila mereka dirakam memotong barisan berkembar semasa pengguna jalan raya lain sedang beratur dalam barisan.

Baca Juga:

Kejadian itu dirakam oleh seorang pengguna TikTok @sitirohayahahmad_85 yang mendakwa dihimpit oleh kereta-kereta Ferrari itu sehingga nyaris menyebabkan dia dan ahli keluarganya kemalangan.

Apabila jalan bertentangan di hadapan nampak kosong, sebuah Ferrari Roma dan Ferrari 458 memotong garisan berkembar untuk memotong barisan di hadapan sehingga menyebabkan beberapa pemandu tempatan terpaksa ke tepi jalan untuk mengelakkan pertembungan.

@

♬ –

Ruangan kosong di hadapan @sitirohayahahmad_85 itu segera diisi oleh tiga buah Ferrari bernombor pendaftaran Singapura yang memotong garisan berkembar dari belakang.

Bagaimanapun ‘aksi’ konvoi itu tidak berakhir di situ saja, dalam satu video yang lain pula kelihatan sebuah Ferrari 488 berwarna kuning sudah terbabas di tepi jalan sekitar kawasan Bukit Gerik.

@sitirohayahahmad_85

yg kuning memotong yg merah himpit kereta aku…nasib baik aku selamat…ko yg terbabas…dr kelantan tadi lagi puak2ni

♬ Kehilangan (feat. Hendri Lamiri) – Firman

Perkongsian video-video itu telah mengundang pelbagai reaksi netizen yang berasa kurang senang apabila melihat konvoi Ferrari Singapura itu memotong pengguna jalan raya di kawasan garisan berkembar.

Ditambah pula apabila mereka memotong sehingga ‘makan jalan’ dan pengguna jalan raya dari arah bertentangan perlu ke tepi jalan untuk memberikan laluan kepada mereka.

Sumber Gambar: TikTok @sitirohayahahmad_85
Sumber Gambar: TikTok @sitirohayahahmad_85
Sumber Gambar: TikTok @sitirohayahahmad_85

Ada juga pengguna TikTok lain yang terjumpa dengan konvoi tersebut dan mereka mengakui kereta-kereta Ferrari dari Singapura itu dipandu dengan sangat berbahaya seolah-olah jalan raya itu milik mereka serta orang lain perlu ‘mengalah’ memberi laluan kepadanya.

Dalam pada itu, ada juga mempunyai pendapat peribadi dan tidak menolak bahawa keadaan jalan raya di kawasan itu yang kurang baik boleh menjadi faktor bagaimana Ferrari tersebut boleh terbabas.

Sementara itu netizen juga berharap agar pihak berkuasa dapat mengenakan tindakan tegas seperti mana warga Malaysia dikenakan tindakan sangat tegas apabila melakukan kesalahan di dalam Singapura.

Pada April lalu Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman menyatakan terdapat 108,757 saman tertunggak trafik dan saman berstatus waran tangkap buat warga Singapura masih belum dijelaskan.

*Ikuti Facebook dan Instagram VOCKET CAR CLUB untuk ketahui perkembangan dan isu semasa automotif dari dalam dan luar negara.