Sejak dari zaman dahulu kala dapat dilihat pelbagai kaedah dan ‘ikhtiar’ yang dilakukan manusia dalam menghilangkan racun dalam badan. Selain racun, membuang penyakit dalam badan juga turut hadir dengan pelbagai rawatan altenatif.

Dalam pada itu, tular baru-baru ini mengenai sebuah lagi kaedah yang agak mengejutkan ramai di mana seorang lelaki menunjukkan penggunaan bahan peluntur Clorox yang didakwa mampu membunuh racun dalam badan. Lebih mengejutkan, beliau dilihat turut meminum segelas air kopi yang dicampur bersama peluntur Clorox.

Dakwaan beserta tindakan untuk minum peluntur Clorox nyata mengejutkan netizen serta menimbulkan kerisauan sekiranya ‘kaedah’ ini ditiru oleh mereka yang percaya dengannya. Berikut antara respon netizen mengenai video berikut yang sedang tular.

Dimaklumkan pemahaman menggunakan peluntur Clorox bukan sahaja tersebar di Malaysia malah turut dipercayai sebilangan kecil individu di Amerika Syarikat.

Sekitar tahun lalu, laman Forbes mendedahkan kaedah yang mampu merosakkan badan ini telah digunakan sebilangan rakyat Amerika Syarikat yang percaya peluntur mampu menjadi penyembuh.

189612930_10220582849700575_6024465033668378856_n
Sumber: Forbes

Sehubungan dengan itu, dinasihatkan agar orang ramai tidak menggunakan peluntur untuk diminum kerana mampu merosakkan tubuh badan berikutan kandungannya yang mampu menghakis. Diharap mesej ini dapat disampaikan agar video yang kini sedang tular di aplikasi WhatsApp ini tidak menjadi ikutan.

Tular baru-baru ini apabila seorang rider Foodpanda muncul hero selepas berjaya membantu pihak polis tangkap perompak menerusi gayanya yang bersahaja.

‘Rider’ foodpanda Sekali Lagi Muncul Hero, Kali Ini Bantu Polis Tangkap Perompak

Klip ‘Jatuh Bot’ Jadi Parodi Mat Salleh, Wartawan TV3 Kongsi Kisah Abang Aziz Kepada Netizen