Hidup di kawasan taman perumahan yang dipenuhi dengan jiran sudah pastinya memerlukan toleransi daripada pelbagai pihak dalam memastikan masalah melibatkan parkir tidak menjadi isu. Parkir di kawasan yang sepatutnya sekaligus dapat mengelakkan daripada berlakunya sebarang masalah sesama jiran.

Dalam pada itu, sebuah situasi yang aneh melibatkan parkir tular di Facebook Malaysian Automotive Shitposting baru-baru ini di mana sebuah Perodua Myvi dilihat parkir di dalam kawasan rumah jiran.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
Sumber: facebook Malaysian automotive shitposting

Situasi yang berlaku telah membuatkan pemilik rumah berkenaan terpaksa memaklumkan menerusi WhatsApp Group kejiranan dalam bertanyakan pemilik Perodua Myvi tersebut untuk mengubah kenderaan berikutan beliau gagal parkir di rumah sendiri.

Tindakan Perodua Myvi ini bukan sahaja membuatkan pemilik rumah bingung malah membuatkan para netizen terhibur sekaligus tampil dengan pelbagai andaian terhadap pemilik Myvi berkenaan. Tidak kurang juga memaklumkan situasi seperti ini sering kali berlaku pada rumah yang jarang didiami di mana terdapat pemilik kereta yang ‘tumpang’ di dalam kawasan rumah berkenaan.

Sumber: facebook Malaysian automotive shitposting

Isu yang berlaku meskipun dilihat sinis, namun tindakan yang dilakukan nyata menyukarkan pihak tuan rumah. Diharap isu seperti ini tidak berulang serta menjadi kebiasaan bagi mengelakkan rumah seseorang diceroboh manakala hak parkir tuan rumah digunakan tanpa kebenaran.

Tular pada minggu ini apabila seorang individu telah berhabis sebanyak RM37,903 dalam usaha untuk ‘make up’ Perodua Bezza beliau yang sekaligus mencetus pertikaian ramai berikutan kos modifikasi yang tinggi.

Berhabis RM37,903 Untuk ‘Make Up’ Bezza, Perkongsian Kos Modifikasi Pemuda Ini Cetus Pertikaian Ramai

Lebih Setahun Lif Rosak, Respon Tidak Masuk Akal RapidKL Terhadap Golongan OKU Buat Netizen Berang