Sudah menjadi tanggungjawab buat orang ramai dalam memberi kemudahan dan keutamaan buat golongan Orang Kurang Upaya (OKU). Sikap pentingkan diri sendiri tanpa memikirkan individu lain terkadang turut membantutkan pergerakan golongan OKU dalam melalui sesebuah laluan.

Terbaharu tular sebuah video menerusi perkongsian TikTok @intanharith di mana beliau meluahkan rasa bengang terhadap seorang pemandu lelaki yang dengan selamba parkir keretanya yang merupakan sebuah model Perodua Myvi berhadapan laluan bagi golongan OKU.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
@intanharith

Bethol lah org Cakap … Organ paling Mahal ialah OTAK …. sebab jarang Guna .. VIRAL KAN JE

♬ bunyi asal – Mhd Aizzat – Black Bull eSport

Perkongsian yang dilakukan nyata membuat para netizen berang selepas beliau memaklumkan terpaksa membawa bapanya melalui laluan yang lebih jauh bagi membolehkan bapanya dapat turun ke jalan raya.

Bukan itu sahaja, beliau memaklumkan pemandu Myvi tersebut tiba selepas beliau sudah menurunkan bapanya ke jalan raya. Walau bagaimanapun, tiada sebarang kata maaf dikeluarkan oleh lelaki yang merupakan pemandu Myvi tersebut. Berikut merupakan respon netizen terhadap isu ini.

Sumber: TikTok @intanharith
Sumber: TikTok @intanharith
Sumber: TikTok @intanharith

Terdapat netizen yang mencadangkan agar memaklumkan Pihak Berkusa Tempatan (PBT) untuk towing kereta tidak bertanggungjawab tersebut. Selain itu, terdapat juga individu yang mencadangkan agar membatalkan lesen pemandu yang masih memiliki lesen P tersebut.

Sehubungan dengan itu, orang ramai dinasihatkan untuk tidak parkir secara melulu khususnya pada laluan PBT. Tindakan yang dilakukan muugkin akan menyukarkan beberapa pihak khususnya golongan OKU.

Tular pada minggu ini apabila wanita ini mendedahkan beliau telah menjadi mangsa ‘claim’ sifu bisnes atas kejayaan yang diperoleh menerusi perniagaan yang diusahakan. 

Sifu Bisnes ‘Claim’ Kejayaan Usahawan, Wanita Ini Dedahkan Pengalaman Dijemput Ke Seminar Pemasaran

‘You Berjaya Apa?’ – Sifu Pemasaran ‘Koyak’ Selepas Ditanya Soal Kejayaan Bisnes Terdahulu