Seperti ramai sedia maklum, terdapat keluarga yang memilih untuk mendapatkan khidmat pembantu rumah atau maid dalam memudahkan kehidupan seharian dalam menjaga kebersihan rumah. Dalam pada itu, sifat ihsan terhadap pembantu rumah masih lagi perlu diamalkan.

Follow VOCKET di Telegram untuk isu isu viral terkini
Artikel Berkaitan:

Terbaharu, tular sebuah perkongsian di Instagram melibatkan seorang founder kosmetik yang dengan selamba merakam pembantu rumahnya yang sedang mencuci bilik air sambil terpaksa mendudukung anak majikannya.

Difahamkan perkongsian dibuat sekadar untuk memaparkan kepada orang ramai di mana anaknya sangat rapat dengan pembantu rumah beliau sehingga tidak mahu berenggang.

HYPE
4 Sebab Anda Wajib Tonton Filem Pendek ‘3 Sekawan’ Pada Hari Malaysia Ini
Baca lagi →

Dalam pada itu, para netizen seolah berasa simpati terhadap pembantu rumah tersebut yang dilihat seolah struggle dalam membersihkan bilik air sambil memegang anak pada masa yang sama.

Selain itu, terdapat juga netizen yang memaklumkan situasi yang dipaparkan sangat merbahaya berikutan lantai bilik air yang licin sekaligus bakal mengundang kecederaan kepada anak kecil tersebut.

Sementara itu, terdapat juga netizen yang berpendapat situasi yang berlaku seeloknya dipaparkan kepada umum serta dijadikan contoh. Diharap insiden seperti ini tidak lagi berulang kerana mengundang kepada kecederaan kepada bayi khususya di kawasan yang licin seperti bilik air.