Apakah yang anda akan lakukan jika ada orang menyentuh anda tanpa kerelaan anda? Mesti anda menepis, menjerit dan cuba menyelamatkan diri, bukan?

Akan tetapi, berbeza pula dengan situasi dalam video TikTok ini. Sebuah video TikTok tular di media sosial menunjukkan situasi di sebuah kedai makan dimana seorang wanita dipercayai pelayan kedai dikerumuni pelanggan lelaki.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

https://twitter.com/MALAYSIAVIRALL/status/1543422389098528768

Menerusi video itu, dapat dilihat beberapa lelaki merangkul pinggang pelayan wanita itu tetapi pelayan tersebut tidak menepis dan seperti merelakan perbuatan para pelanggan itu.

Penularan video tersebut telah meraih perhatian orang ramai dan rata-rata netizen berasa jijik melihat kelakuan semua individu yang berada dalam video terbabit.

https://twitter.com/nnad_sy/status/1543525825173409793

Bukan itu sahaja, rata-rata netizen juga mengecam tindakan para lelaki dalam video itu yang tanpa segan silu ‘menyentuh’ wanita itu. Malah, ada juga netizen yang mempersoalkan mengapa wanita terbabit tidak mengelak atau menepis tetapi seperti ‘rela’ diperlakukan sedemikian rupa.

Sementara itu, kami kongsikan beberapa artikel yang sedang ‘trending’ di The Vocket pada pautan di bawah ini.Ā 

Jijik Dan Memalukan, Pengantin Merah Padam Apabila Kawan-Kawan Beri Hadiah Tidak Senonoh

Bawakan ‘Vibes’ Seram, Restoran Dengan Tema Pontianak Ini Tawarkan Keunikan Buat Pengunjung