Umum tahu sebagai seorang Muslim, solat merupakan tiang agama dan sememangnya wajib dilakukan. Dalam pada itu, tempoh solat yang singkat serta terikat dengan komitmen membuatkan segelintir individu memilih untuk menunaikan solat tanpa mengira tempat.

Terbaharu, tular di TikTok @bentengsejagat melihatkan sekumpulan lelaki solat secara berdiri dalam komuter dari Butterworth menuju ke Padang Besar. Difahamkan situasi yang dirakamkan ini berlaku pada setiap hari.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
@bentengsejagat

Solat Subuh dalam train komuter. Butterworth – Padang Besar. Situasi ini setiap pagi, bagi mereka yang ulang alik Kerja dengan menggunakan KTM Komuter ini. 😊

♬ original sound – Founder Misi – Founder Misi

Berdasarkan perkongsian, difahamkan kumpulan ini telah mengambil wuduk terlebih dahulu sebelum menaiki komuter untuk ke tempat mencari rezeki.

Tindakan mereka untuk sanggup solat sambil berdiri antara tempat duduk penumpang ini secara tidak langsung telah meraih perhatian netizen yang rata-ratanya memujinya.

Sumber: TikTok @bentengsejagat
Sumber: TikTok @bentengsejagat

Malah, terdapat netizen yang berpendapat golongan ini wajar untuk dijadikan calon suami sekiranya masih bujang. Walau bagaimanapun, terdapat juga netizen yang menyoal dari segi keselamatan untuk solat berdiri dalam komuter.

Perkongsian video yang dimuat naik dua hari lalu telah meraih lebih 500,000 tontonan setakat ini di TikTok.