Pasti seronok apabila tuan kedai makan sendiri bukan sahaja dapat masak tetapi pada masa yang sama menghiburkan pelanggan yang bertandang di kedai.

Itulah yang berlaku di kedai makan yang terletak di Kelantan ini. Ia tular di Twitter gara-gara ramai yang terpesona dengan suara abang penebar roti. Lebih menarik, beliau menyanyikan lagu tersebut dengan baik sekali.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Namun, pemilik suara itu sebenarnya adalah Renggo Arrow sendiri, penyanyi asal lagu Niat Hati Tak Nak Berpisah. Renggo sendiri sudah bertahun-tahun mencari rezeki sebagai penebar roti di kedai makan miliknya.

Ia sudah menjadi rutin harian buat Renggo yang berniaga kedai makan sejak 10 tahun yang lalu sebagai sumber rezeki. Berdasarkan temu bual bersama Utusan Digital Disember lalu, sebelum ini beliau membuka kedai makan di Kajang tetapi disebabkan COVID-19, perniagaannya merosot dan rakannya di Kelantan mengajak beliau berniaga di sana.

“Saya ke Kelantan kerana rakan karib minta saya berniaga di sini. Lagi pun kos hidup di Kelantan lebih murah berban­ding di ibu kota. Alhamdulillah, jualan roti canai saya di sini laris sehingga lebih 200 keping sehari, itu pun belum memenuhi permintaan pelanggan,” ulas Renggo.

https://www.youtube.com/watch?v=xQUA1YcRF20

Sebenarnya ini bukan pertama kali video Renggo menyanyi di kedai makan dikongsi di merata tempat cuma kali ini, ia lebih tular berbanding sebelum ini. Ramai yang berada di ibu kota terdetik untuk menyokong perniagaan Renggo cuma disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), mungkin terpaksa menunggu sebelum dapat meneruskan niat tersebut.

Sebelum ini, Renggo pernah muncul dalam pertandingan Kilauan Emas menggunakan nama Zain. Mungkin jika ada rezeki, beliau akan muncul pula dalam program TV di masa akan datang? Apa pun, suara penyanyi otai ibarat ‘telan kaset’; kekal sama hingga bila-bila.

Penasihat skrip drama Rahimah Tanpa Rahim meluahkan rasa kecewa apabila tajuk drama itu menjadi mainan netizen. Baca lagi pada pautan di bawah.

Penasihat MRKH Kecewa Nama Drama ‘Rahimah Tanpa Rahim’ Jadi Mainan Netizen

‘Satu Dalam Sejuta’- Ketabahan Edika Yusof Terus Setia Jaga Isteri Lumpuh Buat Netizen Terharu

Jana RM18,000 Untuk Dua Bulan, Ini Jawapan ‘Rider’ Berkenaan Gambar Yang Tular