Sejak beberapa minggu-minggu terakhir ini, Malaysia nampaknya diserang dengan jumlah kes COVID-19 yang tinggi membuatkan ramai rakyat Malaysia diserang wabak merbahaya ini sekaligus diberikan gelang pink buat mereka yang disahkan positif.

Disangka penerima gelang pink patuh mengikut SOP dalam usaha untuk memutuskan penularan COVID-19, muncul pula seorang pengguna TikTok iaitu @Bibieyyayang yang seolah bangga memuat naik sebuah video membeli belah sambil memakai gelang pink.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

https://www.tiktok.com/@bibieyyayang/video/6986131374218530075?_d=secCgYIASAHKAESMgow0w1UDk5DC6tqSsG%2F8ZJvT%2FaRMDSbJpMF4zbVB%2Fky4h24aCH%2FgoFB0S7ypzWCIWrPGgA%3D&checksum=5ac36aab1b7ea574da3c2f6d8bb5034820ffe18e28abf44af9705cf83221ea31&language=en&mid=6889427516252031746&preview_pb=0&region=MY&sec_user_id=MS4wLjABAAAAaHrJZCa9C0oTo0Vjhj2IhAJtHXxpzK5RsxjrkLhWNyYfRkc-YGVoQqe9zAR9PGpm&share_app_id=1180&share_item_id=6986131374218530075&share_link_id=0C6AE904-2C89-4938-A3E5-6727EAFA6A65&source=h5_t&timestamp=1626634127&tt_from=copy&u_code=dge339lmfm1a9b&user_id=6916576495348532225&utm_campaign=client_share&utm_medium=ios&utm_source=copy&_r=1

Lebih mengejutkan ramai, beliau dikatakan membeli barangan di kawasan yang berada dalam Perintah Kawalan Pergerakan Daerah (PKPD). Berdasarkan tindakan yang dibuat, para netizen jelas tidak senang dengan apa yang dilakukan wanita yang dianggap mementingkan diri sendiri ini. Berikut merupakan respon netizen mengenai isu ini.

Tampil menjelaskan perkara sebenar selepas dikecam

Menerima pelbagai respon dan tohmahan, wanita ini sekali lagi memuat naik video kedua dalam menjelaskan perkara sebenar yang berlaku. Difahamkan situasi ini berlaku Taman Kurnia Jaya, Pengkalan Chepa, Kelantan. Orang ramai dimaklumkan tidak dibenarkan keluar atau memasuki kawasan tersebut.

@ekah_rzm

Reply to @bibieyyayang ini penjelesan memang taman saya besar☺️ #masukberanda #asekeli #fyp #kuarantin14days

♬ #WIPEITDOWN – BMW KENNY

Menerusi video yang dimuat naik, beliau juga turut memaparkan sejumlah besar penduduk di kawasan turut keluar dengan memakai gelang pink dan sememangnya dibolehkan.

Berdasarkan situasi semasa di mana orang ramai sedang risau dengan penularan kes COVID-19 yang melanda negara, diharap orang ramai tidak menimbulkan spekulasi atau perkongsian video yang tidak jelas dalam membuatkan orang ramai panik dan sebagainya.

Perdana Menteri sebelum ini pernah mencadangkan kelonggaran dine-in di restoran buat penerima dua dos suntikan vaksin. Ketahui lebih lanjut dengan klik pautan di bawah.

PM Cadang Kelonggaran ‘Dine-In’ Di Restoran Buat Penerima Dua Dos Suntikan Vaksin

‘Ingatkan Semua Percuma’- Pelanggan Borong Barang Bukan Food Bank Buat Pemilik Kedai Tergamam

Petugas PPV Ambil Nombor Telefon Tanpa Kebenaran, Hantar Mesej Peribadi Ganggu Wanita