Follow Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini

Sudah menjadi kebiasaan pada masa kini di mana bayi dipakaikan lampin pakai buang dalam memudahkan proses membersih serta membuang najis. Dalam pada itu, di sebalik kebiasaan memakai lampin buat anak kecil, nampaknya masih terdapat pasangan yang kurang sensitif dengan tempat menukar lampin pakai buang atau pampers ini.

Terbaharu, tular di TikTok @xiboba.saltedcaramel apabila merakamkan sebuah pasangan yang dengan selamba menukar pampers anak mereka di atas meja makan restoran yang turut ditonton oleh orang ramai.

Tindakan aneh pasangan ini bukan sahaja membuatkan mereka yang menjamah di restoran berkenaan berasa tidak selesa, malah turut mengejutkan netizen melihatkan pasangan ini yang memilih untuk menukar pampers di tempat menjamah makanan. Berikut merupakan respon netizen mengenai video yang tular.

HYPE
Ini ‘Rahsia’ Pengasas Tudung Dari Kelantan Raih Keuntungan RM10,000 Dalam 2 Minggu
Baca lagi →
Sumber: Tiktok @xiboba.saltedcaramel
Sumber: Tiktok @xiboba.saltedcaramel

Setakat artikel ditulis, video yang meraih lebih 1 juta tontonan itu telah diturunkan oleh pihak perakam. Walau bagaimanapun, tindakan yang dilakukan tidak seharusnya menjadi contoh khususnya melibatkan tempat khalayak awam menjamu selera.

Tular pada minggu ini apabila wanita Amerika ini menyangkal Malaysia merupakan negara kelas ketiga selepas kagum dengan kemewahan Pavilion KL.

Sangkal Malaysia Negara Kelas Ketiga, Wanita Amerika Ini Kagum Dengan Kemewahan Pavilion KL

Tidak Setuju Dengan Kenyataan CEO, Pengguna Kongsi Sebab Mengapa Mereka ‘Malas’ Naik KTM