Seringkali kita mendengar rungutan daripada mereka yang meminati sukan permotoran dimana mereka kekurangan platform yang sesuai untuk berlumba secara sah.

Melihat kepada jumlah peminat sukan permotoran yang tinggi, Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari mengumumkan kerajaan negeri bakal menyediakan tanah seluas 20 ekar bagi membina sebuah litar lumba di Sungai Tua, Gombak.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Dato-Menteri-Besar-Amirudin-Shari-1

Difahamkan litar lumba yang bakal dibina ini menggunakan kaedah Public Private Partnership. Penawaran litar lumba ini sekaligus bakal membuka peluang kepada pelbagai lagi acara-acara permotoran peringkat kebangsaan mahupun antarabangsa.

Mengulas mengenai litar lumba yang bakal dibina ini, YB Amirudin Shari berkata litar lumba ini bakal menempatkan sejumlah 1,000 penonton serta turut dilengkapkan dengan beberapa fasiliti lain melibatkan paddock, kafeteria, surau dan gerai jualan. Pembinaan bagi litar itu juga akan melibatkan perbincangan bersama Persatuan Automobil Malaysia (AA) bagi mendapatkan spesifikasi dan pengiktirafan yang membolehkan kejohanan besar diadakan.

Sumber