Beberapa hari ini, cuaca panas telah menyebabkan beberapa kawasan terjejas dengan pencemaran udara.

Terbaharu, melalui laporan Awani, beberapa daerah di Selangor mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara pada paras yang tidak sihat hari ini.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Merujuk kepada Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS), tiga kawasan di Selangor mencatatkan baca IPU tidak sihat.

Stesen Johan Setia Klang mencatatkan IPU paling tinggi iaitu 183 diikuti Banting (165) dan Petaling Jaya (141) pada jam 8 pagi ini.

Manakala Bernama melaporkan di sekitar Shah Alam, kawasan yang didiami hampir 200,000 orang itu agak berjerebu namun mencatat IPU di bawah 100.

Untuk rekod, bacaan IPU melebihi 100 dianggap sebagai tidak sihat dan paling bahaya adalah apabila ia melebihi 300.

Jurugambar rakam kehidupan suram dan kehancuran di sebalik jerebu di kalimantan tengah. Klik pautan di bawah untuk membaca.

Fotografer Rakam Kehidupan Suram Dan Kehancuran Di Sebalik Jerebu Di Kalimantan Tengah, Indonesia

Lihat Betapa Parahnya Jerebu Di Indonesia Ketika Ini