Follow Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini

Sejak kebelakangan ini, semakin banyak kes ketirisan maklumat peribadi  pengguna di sejumlah platform termasuklah di dompet digital. Oleh itu, ramai pengguna kini  mengambil berat tentang tahap keselamatan sesebuah aplikasi di luar sana.

Artikel Berkaitan:

Terbaharu, Selangor telah memberi jaminan bahawa data peribadi penggunaan dompet digital Wavpay adalah selamat dan dilindungi. Perkongsian  pada sidang DUN hari ini menjelaskan data penerima Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor (Bingkas) dan Skim Insurans Am Selangor (Insan) yang menggunakan aplikasi tersebut kekal terjamin selamat.

Sumber Gambar: The Sun Daily

Hal ini kerana aplikasi berkenaan di bawah kawal selia Bank Negara Malaysia (BNM). Secara asasnya, segala data dan maklumat yang dikumpulkan itu menjadi hak milik kerajaan negeri sebagai pemegang antara saham dan syaratnya serta selain itu perlu patuhi kriteria BNM untuk memastikan keselamatan data perlindungan maklumat.

Bagaimanapun, pengguna juga bertanggungjawab untuk menjaga privasi data peribadi mereka dan tidak berkongsi maklumat peribadi sesuka hati bersama pihak lain. Tindakan tersebut hanya akan mendorong risiko kepada pencerobohan data.