Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Tular tempoh hari ada ibu dan ayah bertukar jadi singa di rumah sebab mahu anak mereka fokus belajar. Bila dah berada di rumah ni memang lain sikit suasananya maka tak hairanlah kadang-kadang tu ada pelajar yang memang liat nak join kelas dalam talian dan sesi PdPR.

Namun, dengan adanya DidikTV semuanya jadi lebih mudah. Banyak ibu bapa memberikan respon yang positif dan memberangsangkan mengenai program ini. Jadi, tak hairanlah kalau selebriti-selebriti ini memberi respon positif dan support DidikTV.

image4
HYPE
Papar Kerinduan Seorang Ayah, Filem Pendek ecoBrown’s Ini Undang Sebak
Baca lagi →

Sahabat kepada murid untuk mengulangkaji – Ahmad Fedtri Yahya

Ahmad-fedtri-Yahya

Bukan mudah menjadi ayah kepada dua orang cahaya mata, namun saudara Ahmad Fedtri Yahya yang juga pengacara dan penerbit program TV terkenal sempat berkongsi pandangan dan pengalaman anak beliau menjalani sesi P&P bersama DidikTV dengan pihak kami.

Menurut beliau, DidikTV menampilkan program yang amat bermanfaat sebagai sahabat kepada murid untuk mengulangkaji dan mendapat gambaran terhadap subjek yang dipelajari.

WhatsApp-Image-2021-02-19-at-8.49.00-PM

“Anak -anak saya pada mulanya menyangka ia saluran Youtube tetapi rupanya siaran TV. Mereka memiliki jadual dan dapat melihat waktu mana disiarkan subjek yang berkaitan dengan mereka. Jika bertemu di kelas nanti, mereka ada modal untuk bercerita dengan rakan sekelas.” katanya.

WhatsApp-Image-2021-02-19-at-8.49.02-PM

Tambah beliau, pandangan dan maklum balas pihak yang berkaitan seperti ibu bapa, guru, aktivis pendidikan, media, pemerhati dan orang awam perlu diambil agar kualiti program DidikTV dapat dipertingkatkan, kepelbagaian dapat dicipta dan memberi impak positif kepada pendidikan negara. Suatu anjakan dalam proses memantapkan PdPR di negara kita.

Bagus sebagai salah satu rujukan pelajar – Maria Tunku Sabri

100452847_2850135218373609_397126829332318867_n

Selain Ahmad Fedtri Yahya, selebriti TV terkenal, Maria Tunku Sabri turut menyokong penuh usaha yang diambil oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Katanya,”TV pendidikan ini bagus untuk guide dan bantu pelajar yang memerlukan rujukan tambahan. Lagi pula, ianya free TV program dan available untuk semua pelajar di seluruh Malaysia. Every level of sosial economy student dapat rasa nikmat belajar melalui TV.”

Ternyata usaha murni yang diambil oleh pihak kerajaan ini disambut baik oleh pelbagai pihak. Semoga usaha ini dapat diteruskan dan pelbagai penambah baikan boleh dilakukan lagi di masa hadapan dalam memastikan DidikTV menjadi saluran TV pendidikan nombor 1 di Malaysia.

Buat anda yang belum pernah menyaksikan DidikTV, anda boleh klik di sini untuk menontonnya.

Tular pada minggu lalu apabila Jabatan Perangkaan mendedahkan Perlis memiliki jumlah penduduk seramai 255,300 orang selepas sering dijadikan bahan jenaka oleh para netizen.

Sering Dijadikan Bahan Jenaka, Jabatan Perangkaan Dedahkan Perlis Sebenarnya Memiliki 255,300 Penduduk

Dakwa Godam Laman Web Kerajaan, Anonymous Malaysia Kini Ditahan Polis

Anda Mungkin Suka