Selena Gomez yang sebelum ini pernah melancarkan rangkaian koleksi hasil kolaborasinya dengan jenama Coach kini kembali dengan rangkaian koleksi terbarunya pula.

Koleksi CoachXSelenaGomez tersebut bakal dilancarkan pada musim luruh nanti tidak terhad pada rangkaian baju sahaja malah terdapat juga koleksi beg dan aksesori yang boleh dipadankan bersama pakaian tersebut.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Menurut pengarah kreatif Coach, Stuart Vevers, setiap koleksi tersebut bertemakan feminin dan keyakinan yang menggambarkan perwatakan Selena sendiri. Menurut beliau lagi, kolaborasi Coach dengan Selena Gomez amat ditunggu-tunggu kerana penyanyi tersebut mempunyai idea dan pandangan yang kukuh dan cool.

Penyanyi yang terkenal dengan lagu ‘Wolves’ tersebut baru-baru ini telah memuat naik gambar salah satu rekaannya di laman sosial Instagram. Gambar tersebut menunjukkan rekaan berwarna pastel yang dihiasi dengan perincian lace.

Ikuti perkembangan kolaborasi tersebut di laman sosial instagram Selena Gomez dan Coach.