Sebuah berita yang menyedihkan khususnya buat anda yang gemar membeli-belah di mana Isetan telah mengumumkan bakal menutup salah satu cawangan mereka di 1 Utama merangkumi keseluruhan kedai serbaneka yang berkampung di dalam Isetan.

Menerusi perkongsian di laman rasmi Facebook Isetan, mereka memaklumkan cawangan di Isetan di 1 Utama yang sudah lebih 10 tahun beroperasi ini sedia ditutup di mana besok bertarikh 5 April bakal menjadi hari terakhir beroperasi.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Sehubungan dengan itu, pihak Isetan 1 Utama bakal meneruskan Final Sale sehingga hari esok untuk anda berbelanja dan makan di restoran Eat Paradise yang tersedia dalam Isetan dengan harga yang berbaloi buat para pengunjung.

Bagaimanapun, para pengunjung masih lagi dapat membeli-belah di cawangan Isetan yang lain di Suria KLCC, The Gardens Mall dan juga The Japan Store LOT 10. Sementara itu, pembelian menerusi dalam talian masih lagi ditawarkan.

Ketahui lebih lanjut mengenai butiran penuh permohonan KWSP untuk pengeluaran khas RM10,000 dengan klik pautan di bawah.

KWSP Umum Butiran Penuh Permohonan Untuk Pengeluaran Khas RM10,000

‘Jerat Kehancuran Hidup’- Pinjaman Peribadi GOpinjam Dari Touch ‘n Go Undang Pertikaian Netizen

Sumber